Artis / Selebriti
” 15 tahun dah cantik macam ni. Bukan setakat cantik, tapi pandai menyusun kata.. ” – Komen Netizen

Video temubual bersama anak Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar raih perhatian warganet. Wah bukan hanya cantik, tetapi bijak orangnya. Tenang dan matang sungguh Ratu jawab semua soalan..
Penglibatan anak perempuan pasangan Linda Jasmine dan Que Haidar, Tengku Ratu Haidar dalam bidang peragaan mendapat perhatian ramai. Tengku Ratu memiliki keistimewaan dan auranya yang tersendiri yang mampu membuatkan orang terpaku apabila melihat wajahnya itu.
Pepatah ada mengatakan, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ini cukup bertepatan untuk anak dara Linda dan Que ini. Dari bidang peragaan, Tengku Ratu kini sudah pun berjinak dalam dunia lakonan. Meninjau akaun Instagram Majalah Remaja, satu video yang memaparkan temubual bersama Tengku Ratu.
Penampilan Tengku Ratu bakal dapat disaksikan dalam teater Musical Treasures, the Charity Musical. Peluang keemasan ini tidak dilepaskan oleh Tengku Ratu untuk mengukuhkan lagi namanya dalam industri. Kata Tengku Ratu, dia tidak mahu dibayangi oleh populariti kedua orang ibu bapanya.
Tengku Ratu berusaha untuk membina namanya sendiri dan mahu orang mengenalinya kerana bakat yang dimiliki. Menerusi temubual ini, banyak soalan yang diajukan antaranya mengenai personaliti Tengku Ratu sebenar dan cabaran yang dihadapi sepanjang latihan teater musical.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 800 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bukan setakat cantik, tapi pandai menyusun kata. jawapan ratu semua tersusun dan bernas. matang walaupun baru belasan tahun.. bakal menjadi permata berharga suatu hari nanti.. Beauty with brain.. “
” Cantiknyaaaaa aduhai… Anak i xnak ke haha.. Champion msswpkl tu pernah selamatkan budak hampir maut jatuh lemas eh tiber.. “
” 15 tahun dah cantik macam ni.. Tengku Ratu ni ngam jadi wakil Malaysia ikut miss universe.. beautiful and well versed.. “
” So articulate.. cantiknya anak dara linda jasmine dan que haidar ni.. lovenya tengok muka dia.. lawa teruk.. “
” Exotiv beauty.. Hope parent dia jaga elok2 princess Ratu ni. Keep exclusive and classy. Muka mahal ni.. “
” Cantiknya anak que haidar kan.. cantik, original! tak ada nak repair2 gigi. Gigi tu la permanisnya kalau repair hilang seri.. “
” Lawa betul tengku ratu ni. seronok dengar jawapan-jawapan dia. tak perlu jadikan orang lain role model, cukup mak ayah dia je.. hebat lah didikan que dan linda.. “
Cantik dan bijak, Tengku Ratu memiliki pekej yang lengkap. Tidak mustahil impian Tengku Ratu untuk menjadi seorang pelakon, penari dan model terkenal akan tercapai satu hari nanti. Semoga Tengku Ratu mencapai kejayaan dalam hidup dan selalu menjadi anak yang membanggakan kedua orang ibu bapanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Majalah Remaja, ig linda jasmine
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen