Artis / Selebriti
” 1st time dengar Mark Adam nyanyi macam ni. Semua tone lagu boleh bawak.. ” – Netizen

Video Mark Adam Menyanyi Lagu Satu Rasa Cinta Bersama Maulana Buat Warganet Terhibur. Lain Betul Bila Mark Bawa Lagu Genre Macam Ni, Sedap Lah Mark !!
Mark Adam memulakan karier awalnya sebagai penyanyi. Namun Mark melebarkan sayapnya sebagai pelakon dan percaturan Mark ternyata berkesan. Sebagai pelakon dan juga pelawak, bakatnya itu dihargai dan ramai yang menyukai lakonan Mark.
Meninjau akaun Tiktok Iky, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Mark menyanyi bersama jejaka bernama Maulana. Sudah lama rasanya warganet tidak mendengar Mark menyanyi dek kerana figura ini lebih banyak muncul di kaca televisyen sebagai pelakon.
Mendengar paduan suara Mark dan Iky, ianya mendapat pujian warganet. Genre lagu Satu Rasa Cinta ini memang kena dengan suara lunak merdu Mark itu. Tak puas rasanya warganet mendengar suara Mark itu, lebih-lebih lagi Mark sekarang sudah jarang menyanyi.
Kata warganet, kadang kala hampir terlupa Mark adalah penyanyi. Mark selalu membuat kelakar dan melawak di pentas atau di kaca TV. Tambahan lagi, sudah lama Mark tidak keluar dengan single baru. Dengar cover lagu seperti ini, menjadi pengubat rindu kepada peminat-peminat.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@ikkyhrr satu rasa cinta #fypシ #fyp #foryoupage #maulanaardiansyah #markadam #saturasacinta
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 100 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Dia ni asik melawak je sampai aku lupa la Mark Adam ni penyanyi.. Aku rs penyanyi suara sedap2 mmg jenis lawak kot,mcm Mark Adam,Kak Lina Pompom.. ”
” Macam lama tak dengar Mark Adam nyanyi.. dia punya melawak smpai lupa dah Mark Adam ni penyanyi sbnrnye hehe.. suara mark memang sedap.. ”
” wow…. Maulana dengan Mark Adam.. serasi sgt artis kesukaan ni…. terbaekkk Mark Adam. semua tone lagi ko boleh bawak.. ”
” Mark Adam nyanyi . lembut je masuk dalam telinga aku.. sumpah wehh.. rindu dgr lagu Mark Adam.. agaknye dia tak tua² lah .. rasanye bertahun² sama je handsome lagi.. ”
” wowww mark adam duet ngn maulana terbaikk.. Wei Mark, kenapa kau sesat sampai negara sebelah ni.. Hebat Mark Adam.. ”
” Wow nice your voice Mark Adam.. lembut ja suara Mark Adam masuk telinga.. merdu tambah agi suara irwan.. sedap sgat2.. ”
” Aitt Mark Adam la, eh pandai dia nyanyi haha. suara dia memang sedap wey.. kalau dia bawak lagu omputih lagi paduu.. ”
” Terbaikkkk Mark Adam, 1st time dengar Mark Adam nyanyi gini, selalu lagu Mark Adam genre rilek2 jer.. ”
Serasi sungguh suara Mark dan Maulana, merdu dan mengasyikkan halwa telinga yang mendengar. Semoga lebih banyak lagi perkongsian Mark selepas ini. Apa-apa pun, semoga Mark Adam terus maju jaya dan terus berkarya untuk peminat-peminat Mark.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Iky
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen