Artis / Selebriti
” 1st time rasa tak nak tengok ending. Meminta la penulis skrip ni, kang jadi Andai Tiada Penonton kang.. ” – Komen Netizen

Video perbualan penulis skrip mengenai perubahan pada ending drama Andai Tiada Dia buat warganet naik angin. Fuh kalau macam ini endingnya, memang tak sama langsung dengan novel. Ini boleh buat penonton marah..
Drama rantaian Andai Tiada Dia antara drama yang mendapat rating yang tinggi tontonannya sekarang. Lakonan hebat Ummi Nazeera, Zahiril Adzhim, Mimi Lana dan Hisyam Hamid yang penuh dengan emosi dan penghayatan itu menarik sama penonton untuk merasai sengsaranya seorang yang bernama Suri.
Drama ini semakin hampir dengan penamatnya dan hanya berbaki 8 episod untuk penonton mengetahui apakah nasib Suri, Falah, Intan dan Haikal. Berdasarkan trailer untuk minggu akan datang, sikap Falah berubah setelah disahkan mengidap penyakit kancer.
Baru sahaja penonton berbunga-bunga hati melihat kebahagiaan Falah dan Suri, tiba-tiba karakter Falah berubah menjadi bengis. Meninjau entry di akaun Instagram Bambam Studios, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan penulis skrip drama ini.
Menerusi perbincangan ini, ada disebut mereka bercadang untuk mematikan watak Falah dan Suri. Ini pastinya menimbulkan amarah penonton. Siapa sahaja yang tidak stress melihat jalan cerita drama Andai Tiada Dia ini. Apa yang disajikan dalam novel agak berbeza dengan jalan cerita dalam drama. Tetapi adakah video ini hanya content semata-mata, sama-sama kita nantikan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meriah lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Episod 29 ak kene stanby ubat 3 serangkai agaknye , ingat happy ending skali ada lg yg menaikkan darah.. baran ak kadang.. “
” Excited nak tau last camna… sebb baru thrill bila tak sama ngan novel.. Bang kau matikan je watak aku sebagai penonton nii bang. Sakit jiwa dah aku nak tengok.. “
” Tak sekarang ni tolong tukar tajuk je. ANDAI SEMUA TIADA. sakit pulakkk hati kita wak.. meminta la penulis skrip ni, kang jadi ANDAI TIADA PENONTON kang.. “
” Dari falah cancer aje dh jauh dri novel.. wew tolonglah jangan ad season 2, jgn ending mengarot. aku dh bnyak menumpahkan air mata ni, korang sedap2 je matikan karakter falah eh
marah aku ni.. “
” 1st time rasa xnk tgok ending hahaa.. rasa x best kalau betul tu yang penulis skrip nak.. xbaik buat penonton naik darah..sakit thu x.. “
” Penulis skrip ni kenapa kejam sangat macam tiada hati dan perasaan. dengki sangat mahu tegok orang bahagia ni.. “
” Jangan macam macam tuan director.. jangan buat kami marah eh haha.. andai tiada director jer la.. seteghessss wehhh.. “
Semestinya episod akan datang bakal membuatkan emosi penonton turun naik. Pengarah dan penulis skrip sudah menaikkan amarah penonton sebelum episod terbaru ditayangkan. Apa-apa pun, sama ada ending drama ini akan sama seperti novel atau sebaliknya, sama-sama kita nantikan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Bambam Studios, Tiktok Bambam Studios, IG Ummi Nazeera
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen