Artis / Selebriti
” 4 tahun berdoa dan menunggu dengan penuh kesabaran.. ” – Ruzaini

Pereka Fesyen Ruzaini Jamil Kongsi Berita Gembira Isteri Tercinta Sedang Hamil Anak Pertama, Bakal Bergelar Bapa Tidak Lama Lagi. Alahai Comelnya Baby Bump, Tahniah !!
Jika sebelum ini pereka fesyen Rizman Nordin mengumumkan bahawa isterinya Nurida Suraya kini sedang hamil dan kini giliran sahabat dan rakan niaganya pula, Ruzaini mengumumkan bahawa isteri tercintanya pula sedang hamil anak pertama mereka.
Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, Ruzaini Jamil tidak lama lagi bakal bergelar seorang bapa setelah isterinya Hidayati Yahya kini hamil empat bulan. Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Ruzaini sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.
Berkat kesabaran pasangan ini akhirnya Allah telah mengurniakan anugerah yang terindah dalam kehidupan mereka. Rizman juga memohon agar semua kenalan dan netizen mendoakan semoga bayi yang dikandung oleh isterinya sentiasa dalam keadaan sihat.
Menerusi perkongsian Ruzaini juga telah berkongsi gambar terkini dirinya bersama isteri dan kelihatan sudah nampak baby bump. Ruzaini juga turut berharap segala urusan sepanjangan kandungan isterinya itu dipermudahkan dan diharap sentiasa berkeadaan selamat.
Baca perkongsian Ruzaini tersebut di bawah ini :
Rata-rata netizen dan rakan artis turut mengucapkan tahniah buat pasangan ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Syukurrrr, Alhamdulillah ! Gang2020Babies .. ” – Fazura
” Semoga dipermudahkan semuanya abg Wan & kak Ida . InsyaAllah.. Amin.. Amin Yarabbalalamin.. ” – Nurida Suraya
” Ahhhhhhhh congratulations lovebirds! “
” Tahniah.. Sama dgn Rizman… Ni betul2 “Rizman Ruzaini” ni.. “
” Tahniahhhh !!! Bestnye masing2 nk dpt baby same2… Moge dlm lindungan ALLAH.. “
” MasyaAllah. Alhamdulillah. Tahniah. Semoga Allah memelihara both mom and baby. Semoga dipermudahkan. Sayu to read your caption.. “
Wahh patut la tengok berseri jer wajah isteri Ruzaini, seri ibu mengandung rupanya. Alhamdulillah, tahniah buat kalian. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan Ruzaini dan isteri sentiasa dipermudahkan. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ruzaini Jamil
Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen