Artis / Selebriti
” Aafiyah main vocal, Tokti dah jadi backup singer pula.. ” – Komen Netizen

Video Siti Aafiyah menyanyi lagu hari raya ketika sambutan ulangtahun kelahirannya raih perhatian ramai. Wah sedapnya suara Aafiyah, berbakat macam ibu juga. Ibu pula jadi backup singer kat belakang, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Dato’ Seri Siti Nurhaliza, perkongsian sebuah video yang memaparkan anaknya, Siti Aafiyah menyanyikan lagu raya telah meraih perhatian ramai. Aafiyah menyanyi ketika sambutan ulangtahun kelahirannya yang ke 7 tahun.
Sambutan hari lahir ini disambut sekali bersama anak kedua Dato’ Seri Siti iaitu Muhammad Afwa. Ulangtahun kelahiran dua cahaya mata Dato’ Seri Siti ini berbeza sebulan sahaja yang mana Aafiyah lahir pada 19 Mac, manakala Afwa pula pada 19 April.
Aafiyah dilihat tidak kekok untuk membuat persembahan di atas pentas sambil di kelilingi dengan kawan-kawannya. Ketika menyanyi, Dato’ Seri Siti turut berada di pentas dan menyanyi bersama. Aafiyah sangat gembira dengan sambutan hari lahirnya itu.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kerana Aafiyah mewarisi bakat seni daripada ibunya yang merupakan penyanyi nombor 1 negara.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Aafiyah main vocal, tokti dh jdi backup singer pulak .. bagus budak2 ni hapal lagu raya lama.. Ada potensi gnti ibu.. Alololo comell je dua beranak tuhhhh.. “
” Untung sekolah ni..x perlu jemput n byr dh tokti utk dtg..tokti sendiri dtg.. Adik2 ni perasan tak dieorang satu pentas dengan tokti ,.. “
” Huntungnya budak² tu. Acik² nih kakau nak dgr suara “budak belakang tu” beratus kena bayor .. Mahal show Aafiyah ni ibu jadi back up singer .. “
” Adik tau ker x siti nurhaliza kt blkg tuuuuu.. kenapa aafiyah tarik mic budak tu. tak baik. jgn buat lagi.. “
” Budak2 tu besar nanti “Aku pernah nyanyi satu stage dengan Dato Siti.” Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi. Lurveee.. “
” Afwa mana Afwa? Nasib afwa tak turn off music. Steady afiah bermain dgn audiance. Happy Birthday Aafiýah. Tokti ewah pun sedappppo.. “
” Adik2 tu tahun x siti nurhaliza tuuu satu stage ngn diorg .. Risau la sekali Afwa tutup suis utama dewan.. Bagus ctdk jaga pemakaian Aafiyah. Sopan.. “
Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa. Semoga kedua-duanya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berjaya di dunia serta di akhirat. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen