Artis / Selebriti
” Ada perkara yang kita tidak mahu ia berlaku.. ” – Dato’ Red

Video Luahan Hati Dato’ Red Yang Begitu Menyentuh Hati Raih Perhatian Ramai. Rupanya Dato’ Red Sudah Pun Memberikan ‘Hint’ Sebelum Berpisah Dengan Adira !!
Meninjau ke akaun TikTok Dato’ Red, perkongsian sebuah video yang memaparkan luahan hati Dato’ Red mengenai kehidupan telah meraih perhatian ramai. Kata-kata yang dikongsikan oleh Dato’ Red ini sangat menyentuh hati dan ia merupakan video sebelum Dato’ Red berpisah dengan Adira Suhaimi.
Ternyata Dato’ Red sudah memberi hint kepada umum tentang apa yang berlaku dalam kehidupannya termasuk melepaskan Adira. Dato’ Red telah menceraikan Adira semalam dengan talak satu walaupun hubungan pasangan ini nampak semakin baik sebelum ini.
Pasti apa yang berlaku dalam kehidupan Dato’ Red mempunyai hikmah yang tersembunyi. Untuk rekod, Hasil perkahwinan Dato Red bersama Adira dikurniakan empat orang anak iaitu Anggrek, Asan, Anggun, dan Ayob yang kini berusia setahun.
Manakala perkongsian hidup bersama Datin Red telah dikurniakan seramai lima orang anak. Sebelum dua perkahwinan ini, Dato’ Red pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, dikurniakan dua anak dan secara keseluruhan mempunyai 11 anak menerusi tiga perkahwinan.
Jom tonton video di bawah :
@dato..red Takdir & redha #fyp #abgred #bangkitsemula
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Sy tgk vdeo ni lpas Dato dh lafaz cerai.. Allah uji sebab Allah sayang.. Dato’ jgn sedih..aku ada hiburkan ko.. moga jodoh dgn adira n datin red berkekalan Aamiin.. “
” Adira dah pegi umrah. Mintak petunjuk kt sana. Semoga petanda baik utk dato red dan keluarga.. xpa..cuma abg red jgn abaikan tanggungjawab seorang ayah.. “
” Masih igt kata2 abg red masa live hari tu “Kalau kita dah x mampu nk jadi kebahagiaan kpd seseorang, jangan kita jadi derita pada dia” Bukan senang nak lepaskan org yang kita sayang. REDHA is the key.. “
” Saya hadir dekat vdeo ni lepas tahu abg red dan adira dh berpisah.. moga Allah lembutkan hati adira dan datin red,utk kembali bersatu, insyaallah aamin.. “
” Itulah takdir bile jadi lelaki..,bile kite senang..,di sayang2 d manja2 bile susah n tiada apa2… masa tu kite d tinggalkan perempuan …sabar dato ..mngkin 1 hari nnti dia akan menyesal.. “
” Ada juga benda yg kalau kita buang, kita tak ambil balik. Sabar la tuan..dalam dugaan hidup.. walupon kita gengam lelama pon pasti akan terlepas jua.. “
” Bkn mudah nak hadap benda yg kita tak mahu hadap..tapi tu la jalan yg telah aturkan buat kita.. Muga ada sinar.. background lagu ombak rindu laa..baru kelia.. “
Jodoh pertemuan semuanya sudah ditentukan oleh Allah SWT. Kata-kata yang dikongsikan oleh Dato’ Red ini begitu memberi seribu makna dalam kehidupan. Semoga Dato’ Red terus tabah menjalani kehidupan dan membina kembali kerjayanya. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Dato’ Red
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen