Artis / Selebriti
” Adoi lah, baru nak senyum-senyum tengok part lauk sedap bagai. Sekali spoil betul lah, haha.. ” – Komen Netizen

Video anak dan menantu Sheila Rusly, Luth Mikhail dan Beatrice Chitra menyediakan juadah enak untuk Sheila buat ramai terhibur. Alahai terharu Mama tengok lauk sedap-sedap anak menantu masak. Part last tu naik angin Mama dibuatnya, haha..
Anak kedua Sheila Rusly, Luth Mikhail dan isterinya Beatrice Chitra seringkali menjadi perhatian warganet. Beatrice seringkali muncul dalam video-video content Sheila dan ianya mengundang ketawa warganet kerana perangai Beatrice yang sempoi dan suka mengusik Sheila.
Sebelum ini, Beatrice dan Mika pernah menyediakan juadah untuk Sheila dan agak mencuit hati kerana menunya semua berasaskan telur. Kali ini, Beatrice dan Mika mencuba lagi untuk mengambil hati Sheila. Menggunakan apa yang ada di dapur, pasangan suami isteri ini mula memasak.
Kata Beatrice, dia mahu membuat mama happy dan hidangannya kali ini begitu special. Satu demi satu juadah makanan disiapkan lengkap dengan menu sayur. Semuanya disusun kemas di atas meja dan mereka menanti kedatangan Sheila untuk makan semua makanan itu.
Sejurus Sheila datang dan melihat semua menu yang terhidang, Sheila memuji Beatrice dan Mika. Baru sahaja Sheila memuji, rupa-rupanya Beatrice terlupa untuk memasak satu lagi hidangan. Apa lagi, menjerit Sheila ketika mendengar Beatrice memberitahu Mika.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Nasik… Boleh baran oooo kalau kena time posa hahah.. lurveeeee sangat tengok gelagat menantu sorang ni.. cheeky dia tu.. “
” Matilanakkk.. Selalu kena mcm ni. Tapi bukan lupa masak tapi lupa tekan. Buka² periuk masih bertakung air nasi tu.. “
” Mika bulat betul sekarang.. suka tengok menantu sis ni, lucu dia.. menantu sis kalau tak buat drama memang tak sah kan haha.. “
” Adoiilaa.. baru nk senyum2 tgk part lauk sedap bagai.. sekali nasi lupa masak.. Baru je mama lurve, spoil betul lah haha.. “
” Cari pasal tapi tetap comel.. Alhamdulillah syukur anak menantu masak.. bahagia .. tang lupa masak nasik Tu exceptional dah terlupa nasik sat saja 15 minutes siappp.. “
” Lurve mamaaaaa still ada walaupun ribut tiada nasik.. Aduh.. Takpelah. Makan Lauk ajalah Mama.. “
” Part Paling Saye tunggu dari pk.6 ni pasal nak tengok episode trice and mak mertua dia Sis sheilarusly_jspictures masak dah siap nasi pulak terlupa aduhai trice.. “
” Adoiii tarik balik loveeeeeenyaaa.. dah lah lauk sedap panas panas. nasi pulak buat spoil haha.. Ingat happy ending kali ni, cuba lagi Beatrice.. “
” You ni Beatrice haha.. terhibur betul la dengan menantu sis ni.. Baru nk ambil hati mak mentua dh berbunga nak makan nasi pulak tak masak.. “
Lawak betul Mika dan Beatrice ini, semangat memasak lauk pauk, boleh pula terlupa memasak hidangan utama. Lakonan yang menghiburkan daripada Sheila, Beatrice dan Mika. Anak nombor 2 dan menantu nombor 2, sama-sama masuk air, mak mertua pun sporting sangat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sheila Rusly
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen