Artis / Selebriti
” Adoi penat gelak, letih ada suami macam ni. Terbatal niat nak kurus, haha.. ” – Komen Netizen

Datin Almy Nadia Luah Hasrat Ingin Kurus, Namun Respon Dato’ Fizz Fairuz Buat Ramai Terhibur. Adoi Lah, Kelakar Betul Jawapan Dato’ Fizz Tu. Tak Pasal-Pasal Kereta Gen 2 Pun Terpalit Sama, Haha !!
Pasangan yang selalu bersenda gurau dan berjenaka, Dato’ Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia sememangnya antara yang kerapkali mencuri perhatian warganet. Gelak ketawa Datin Almy dan jenaka spontan Dato’ Fizz membuatkan warganet terhibur setiap kali video mereka dikongsikan.
Meninjau akaun Tiktok almy.nadia2, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan perbualan antara Datin Almy dan Dato’ Fizz. Ketika itu Dato’ Fizz sedang bersantai di rumah. Datin Almy memberitahu Dato’ Fizz yang dia ingin kurus, namun respon daripada Dato’ Fizz begitu mencuit hati ramai.
Kata Dato’ Fizz, isterinya ini sudah cukup cantik dan tidak perlu kurus. Sempat juga Dato’ Fizz berseloroh jika Datin Almy kurus nanti akan tersuka suami orang. Amboi Dato’ Fizz, up to date betul gurauannya, ikut isu semasa juga ye Dato’ Fizz ni, hehe.
Ayatnya pun sudah cukup lawak, ditambah pula dengan ekspresi muka Dato’ Fizz yang mencuit hati, lagi membuatkan sesiapa yang menonton turut sama terhibur. Sempat Dato’ Fizz acah-acah tidur berdengkur. Ceria hidup jika ada suami begini.
Jom tonton video di bawah :
@almy.nadia2 Bukan tak nak kurus , tapi suami tak bagi kurus 😂😂😂😂 #almynadia #fizzfairuz #almynadiafizzfairuz #fyp #foryou #esekeli #fypp #foryoupage
Perkongsian oleh Datin Almy ini telah pun membuatkan ramai yang terhibur. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” H1lang mengantuk pepagi ni haha. Terus macam happy sangat, h1lang masalah tengok kelaku Dato’ Fizz ni.. Haha dgn aku sekali gelak sakan hahaha.. “
” Sme la cam laki aku mlas lyn bile aku ckp nk kurus.. sbb dia dgr aku punye ‘nk kurus’ tu dh beberapa tahun yg lepas haha.. “
” Perlahan-lahan inn shaa Allah… Tunggu anak besar² dlu. Bru berkurus² .. Skg mak² ni fokus ke anak² to sbb badan pun jdi naik.. Respek laki bini ni.. Suka sangat.. “
” Seronok tgk gelak ketawa suami isteri ni. Menghiburkan… Alhamdulillah.. ada kelebihan bdn chubby ni.. mcm sy hehe. gelak tgk.. “
” Tak pernah tak lawak. Ayat nanti ‘ tersuka suami u ‘ tu berdekah kita ketawa. Aduilah Dato’, bagus sungguh suami macam ni.. “
” Adoihai. Terberhenti cheq kunyah nasi lemak ni, duk bang dgq apa jawapan Dato’. Betoi la Tu datin. Biaq la janji bahagia.. “
” Ngok ngek lah Dato’ Fizz ni haha. Gen 2 je dato’ haha. Tergelak saya pagi-pagi tengok video ni. terbaik semoga terus bahagia.. “
” Kelakar la.. gelak sorang2 sya pagi ni tengok video ni. aduii pen4t la gelak, kelakar sangat. Adoi let1h dpt suami macam ni. Terbatal niat nk kurus haha.. “
Pandai Dato’ Fizz menjawab pertanyaan Datin Almy. Punyalah tak mahu Datin Almy kurus. Tapi betul apa yang Dato’ Fizz katakan itu, Datin Almy sekarang sudah cantik di matanya sebagai seorang suami. Tak perlu untuk mendengar kata-kata orang lain. Semoga terus bahagia dan happy selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Almy Nadia, Tiktok almy.nadia2
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen