Artis / Selebriti
” Aduh, tetiba pula rasa sebak bila tengok cara ibu Datin raikan Dato’.. ” – Komen Netizen

Video Datin Shahida membuat kejutan meraikan hari lahir suaminya, Dato’ Aliff Syukri raih perhatian warganet. Ramai yang tersentuh melihat cara ibu Datin Shahida melayan Dato’ Aliff. Mesti menantu paling favourite ni, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik Datin Shahida, telah dikongsikan video yang memaparkan Datin Shahida sekeluarga membuat kejutan meraikan hari lahir suaminya, Dato’ Aliff Syukri. Menerusi video itu, sambutan diadakan di sebuah homestay di Sabak Bernam.
Kata Datin Shahida, sambutan tersebut turut meraikan hari lahir anak bongsu mereka iaitu Luqman Al-Haqeem yang berkongsi tarikh lahir sama dengan Dato’ Aliff Syukri. Dilihat majlis yang diadakan oleh Datin Shahida sangat meriah meskipun secara disambut secara sederhana.
Di ruangan kapsyen, Datin Shahida juga menitipkan kata-kata dan ucapan khas buat Dato’ Aliff. Perkongsian oleh Datin Shahida itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan suka melihat cara Datin Shahida meraikan hari lahir Dato’ Aliff pada kali ini.
Bukan itu sahaja, ada juga mengatakan tersentuh melihat cara ibu Datin Shahida yang begitu teruja meraikan hari lahir Dato’ Aliff . Sehingga kini, video sambutan hari lahir Dato’ Aliff telah menerima lebih 11 ribu tanda suka dan ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan turut mengambil kesempatan memberikan ucapan kepada Dato’ Alif.. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aduh, tetiba pula rasa sebak bila tengok cara ibu Datin raikan Dato.. Selamat hari lahir Dato, perangai kena elok elok tau, hehe.. “
” Selamat hari lahir Dato Aliff. Semoga sihat dan murah rezeki. Harap tak buat perangai pelik2 dah lagi.. Kami semua sayang Dato Aliff.. “
” Win ucapan Datin Shahidadherbs last sekali tu tetapi bersederhana itu yg lbih baik.. Suka sebenarnya tengok life keluarga ni, nampak bahagia sangat.. “
” Happy birthday Dato Aliff Syukriii.. Semoga sihat selalu dan murah rezeki.. Jangan lupa teruskan hiburkan kami semua.. Hahahahahahhahaha.. “
” Ya Allah lindungi keluarga ini dari hasad dengki dan pandangan buruk manusia , kau kekalkan mereka sekeluarga bahagia sehingga syurga-Mu ya Allah , happy birthday papa laris.. “
” Sederhana tu yang paling kita rasa bahagia tau.. Selamat hari lahir lahir Dato.. Semoga terus diberikan kesihatan yang baik, murah rezeki dan bahagia selalu bersama keluarga.. “
” Sejak2 ni berkenan pulak dgn family ni.. Kecik beso tak penting, asal kita bahagia dgn ahli keluarga.. Happy birthday Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman.. “
Meskipun majlis diadakan tidak secara besar-besaran, namun jelas kelihatan seluruh ahli keluarga sangat seronok meraikan hari lahir Dato’ Aliff. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak juga ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Dato’ Aliff dan Luqman. Semoga kedua-duanya terus diberikan kesihatan yang baik dan segala urusan sentiasa dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen