Artis / Selebriti
” Aduhai ingat dalam TV je buat lawak. Kau lawak bang, bertuah punya bapak, haha.. ” – Netizen

Video Kejadian Tidak Diduga Pada Hari Kedua Persekolahan Anak Shahrol Shiro, Iqi Buat Warganet Terhibur. Adui Kalau Ayah-Ayah Yang Urus, Memang Habis Tonggang Terbalik Jadinya. Rare Betul Ayah Macam Shahrol Ni !!
Sesi persekolahan 2024/2025 sudah pun bermula dan pelbagai ragam dapat dilihat pada hari pertama persekolahan berlangsung. Ada yang meraung sedih kerana ditinggalkan oleh mak ayah dan tidak kurang juga mak ayah yang terlebih sedih melihat anak berdikari sendiri di sekolah.
Tetapi lain pula kejadiannya yang menimpa pelawak Shahrol Shiro dan anak lelakinya, Iqi. Meninjau akaun Instagram Shahrol Shiro, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shahrol terpaksa kembali semula ke sekolah apabila guru menelefonnya kerana ada perkara mustahak.
Rupa-rupanya Shahrol tersilap menghantar anaknya ke sekolah lain. Ini terjadi kerana terdapat 2 sekolah yang berdekatan dan ketika pendaftaran tempoh hari, bukan Shiro yang menguruskan Iqi tetapi isterinya. Iqi pula penuh yakin berjalan masuk ke sekolah.
Tetapi setelah menyedari suasana sekolah terlalu berbeza, baru lah anak Shahrol memaklumkan salah seorang guru yang ada di situ. Tergelak guru-guru yang menanti kehadiran Shahrol untuk mengambil anaknya itu. Boleh pula ayahnya tersalah hantar sekolah, memang rare betul.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Shahrol ini telah pun meraih lebih 26 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Jemm betul, ini rare bang haha. esok kene briefing awal nak hantar sekolah mana pulak. Ayah nya latih anak jadi YB. Lawat kawasan sekolah.. ”
” Ini rare of the year 2024 shahrol_shiro.. Legend.. sekali tepek cikgu, kau ni mabuk ekk haha. buat hal bapak-bapak.. ”
” Hahaha.. memang ade kes macam ni. Tapi jarang-jarang la.. Bila bapak-bapak uruskan anak.. Alahai.. nasib baik la anak tenang.. ”
” Aduhai ingat dalam tv je buat lawak.. dekat luar pun lagi dia buat haha.. kau lawak bang.. bertuah punya bapak haha.. ”
” Nasib baik la anak nya steady je siap boleh ckap kt cikgu “rasanya sy salah skolah ni” haha steady iqi.. ”
” Ayah dia harus kena rotan denda ni. Salah besor ni.. haha jarang-jarang berlaku ni… salah pergi sekolah haha.. kena briefing ayah dia ni.. ”
” HAHAHA boleh masuk Malaysia book of record. Tak pernah dibuat org bapak anto anak salah sekolah.. ”
Adui lah Shahrol, mujur Iqi sejenis kanak-kanak yang tenang dan steady. Salah ayah kali ni tersalah hantar sekolah. Peristiwa dan kenangan yang berharga untuk Iqi kenang apabila dewasa nanti. Harap-harap selepas ni jangan tersalah sekolah lagi ye, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shahrol Shiro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen