Artis / Selebriti
” After almost 7 years berumahtangga, dapat juga memiliki rumah sendiri.. ” – Fila Amir

Pempengaruh media sosial, Fila Amir kongsi video rumah baru raih perhatian ramai. Wah, besarnya rumah Fila. Tak sabar nak tengok dekorasi nanti..
Meninjau ke akaun Instagram Fila Amir, perkongsian sebuah video yang memaparkan Fila dan suaminya, Adama mendapat kunci rumah baru mereka telah meraih perhatian ramai. Menurut Fila, mereka akhirnya berjaya memiliki rumah sendiri selepas 7 tahun berkahwin.
Sekadar info, Fila mendirikan rumahtangga bersama jejaka dari Guinea iaitu Adama Mohamed Camara. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Assara. Pasangan ini sering berulang alik dari Malaysia ke Guinea.
Fila turut menzahirkan rasa syukur dan terharu terhadap suaminya atas pergorbanan dan usahanya untuk memastikan mereka memiliki rumah di Malaysia meskipun sering berulang alik ke Guinea. Pastinya perasaan memilik rumah sendiri sangat seronok berbanding selama ini mereka menyewa.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 37 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Rumah pasangan ini merupakan rumah teres dua tingkat dan mempunyai sedikit halaman di luar rumah mereka. Rumah ini juga cukup luas.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Alhamdulillah.. Adama ni betul2 provider. Sbb tu rmai lelaki yg bitter. Dok komen mengarut. patut benda baik contohi.. “
” Paling syok rumah ada tanah. Boleh menanam. Congratulations tahniah both beautiful house . Wowww bestnyaa… Tahniah semoga 1hari sy pun dpt beli rumah besar macam nie.. “
” Mcm tu laaaa lelaki .. he is deserve to call a MAN !! NOT SETENGAH TYPICAL MALAYS NI EVERYDAY KEDEKUT AND SUKA MAKI .. “
” Tumpang happy. Dari awal fila kawin dgn adama aku start follow. Now bukti fila boleh je bahagia, tak macam yg orang duk kata macam2 kat dia.. “
” My ex kedekut bil semua nak kongsi dah cerai mintak wang aku kongsi bil bayar nafkah dasar tak malu . tu sebab aku taknak laki malaysia. dah terkena mereka malas bin manja .. “
” Tahniahhhh Fila & Adama… Tahniahhhh juga pada Mulut² Jahat yang Suka Mengumpat Mengata . Ntah2 yg sllu mngumpat mngata Fila & Adama tu masih berenang2 di Lautan Hindi mncari daratan.. “
” Alhamdulillah Fila, happy jugak tgk fila & family bahagia. Thank you pada Adama yg jadi contoh suami foreigner yg sgt bertanggungjawab pada family.. “
Tahniah diucapkan buat Fila dan Adama kerana akhirnya berjaya memiliki rumah idaman. Pastinya ramai tidak sabar untuk melihat rumah ini selepas di dekorasi. Harapnya nanti boleh lah sekiranya Fila membuat video house tour rumah mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fila Amir
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen