Artis / Selebriti
” Agak curiga, terbahak aku dengar ayat Amayan ni. Nasib baik tak syak wasangka, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Ammar Ahyan memandu sendiri kereta pergi ke kolej buat warganet terhibur. Ayat Amayan memang terlebih random, curiga pun boleh lah Amayan. Memang berdekah gelak dibuatnya, haha..
Anak sulung kepada usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan sudah pun memulakan pengajiannya di sebuah kolej. Untuk memudahkan pergerakan, Ammar telah pun mengambil lesen memandu dan lulus dengan cemerlang. Kini Ammar sudah boleh memandu sendiri untuk ke kolej.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Papalarisofficial, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ammar ketika kali pertama memandu ke kolej. Ammar memandu kereta Toyota Estima dan ditemani pembantu peribadi Dato’ Aliff yang bernama Iwan.
Sambil Ammar memandu, Iwan bertanyakan beberapa soalan kepada Ammar. Antara soalan Iwan kepada Ammar adalah apakah bezanya memandu Estima dengan kereta jenama Mercedes. Ammar menjawab dengan jujur dan katanya dia tidak suka membawa Estima.
Alasan Ammar kerana dia merasakan brek kereta itu seperti mengejut dan tidak banyak sensor seperti kereta Datin Shahida. Kata Ammar, mata, telinga semua perlu bekerja sepanjang memandu. Part Ammar membuat wajah tidak puas hati apabila melihat kereta di sekelilingnya mengekori rapat menghiburkan warganet.
Jom tonton video di bawah :
@papalarisofficial POV : BILA PERTAMA KALI AMAYAN BAWA KERETA KE KOLEJ . Sambil bawa kereta, admin interview Amayan, dan tanya macam-macam soalan. Jawapan yang berikan sangat-sangat random . kalau korang nak tahu apa yang admin tanya, korang tengok video ni sampai habis ya. jangan like komen dan share video ni terima kasih #i #keretapertama #kolej
♬ Comical, fun, cute, video background music(1124511) – Lill Lilly
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Agak curiga ke agak cemas Amayan haha.. tak tahu nak gelak ke nak ikut cuak sama. amayan lawak lah, ayat dia tu random betul.. “
” Ya betul agak curiga (cemas sebenarnya) bila orang dekat-dekat. Nak curiga apa time jem, curiga ada roadblock ke amayan haha.. “
” Terima kasih ammar sbb bawa kami semua jalan2 naik kereta sekali sambil review… first time berjalan jalan dgn ammar ahyan.. “
” Mata busy jadi sensor, telinga dengar soalan, mulut pulak nak kena jawab.. tak selari weh semua benda dibuatnya haha.. first time tengok amayan drive.. “
” Apa yang curiganya Ammayan oii haha.. nampak gaya iwan record mcm cemas duk sebelah haha.. “
” Agak curiga, terbahak aku dengar ayat amayan ni.. kereta rapat rapat nak apa lah dengan amayan tu hehe.. amayan translate english ke tu sampai jadi curiga haha.. “
” Nasib baik tak syak wasangka weh.. hahaha. curiga betul amayan kereta rapat rapat dengan dia.. Bukan manusia je kena curiga. Kereta pon patut dicurigai ye kawan-kawan haha.. “
Terhibur warganet dengan telatah Ammar yang random itu. ‘Curiga dengan kereta’ antara ayat paling lawak yang keluar dari mulut Ammar. Apa-apa pun, semoga Ammar success dalam pelajaran dan menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok papalaris
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen