Artis / Selebriti
” Aku dah tak tahu nak ketawa macam mana lagi tengok YB ni. Senak perut aku.. ” – Komen Netizen

Video Bella Astillah mengajar YB Syed Saddiq menari zapin di konti ERA buat ramai terhibur. Alahai comel sangat gaya YB Saddiq berzapin. Terpusing-pusing YB ikut step Bella, haha..
Pasangan sensasi, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq diundang ke konti Era FM bersama-sama team 3 Pagi Era, Nabil Ahmad, Radin Era dan Pak Azad. Turut bersama untuk program pagi itu, CEO of Raw dan abang YB Saddiq, Spacedollah. Riuh rendah konti apabila team 3PE mengusik Bella dan YB Saddiq.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Cinta88805, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat YB Saddiq ‘dipaksa’ untuk menari kerana live Tiktok Era beroleh 2 juta likes sebagaimana yang diminta oleh geng 3PE. Mentang-mentang YB Saddiq pernah menari bersama Bella sebelum ini, ramai viewers request untuk melihatnya menari lagi.
Cadangan yang diberikan supaya YB Saddiq menari tarian zapin. Bella pula bijak dan tahu cara untuk backup YB Saddiq dari menari berseorangan. Kata Bella, dia boleh mengajar untuk step zapin yang paling mudah dan meminta team 3PE juga ikut menari bersama.
Terhibur semua di konti melihat telatah YB Saddiq menari. Seperti sebelum ini, gerakannya masih agak keras tetapi ada sedikit kemajuan berbanding dulu. Perlahan-lahan dapat juga YB Saddiq mengikut tarian tersebut. Pandai Bella mengajar, tentu selepas ini banyak lagi YB Saddiq boleh berlatih tarian bersama Bella.
Jom tonton video di bawah :
@cinta88805 #CapCut kelakar tgk mereka ni😍❤️#teambass #fyp #fypシ゚ #foryoupage #fypppppppppppppp #sabahantiktokers
@jersipinkluna03 so comel @Bella Astillah and so cute YB @Syed Saddiq menari😍 #BASS #❤️ #zapin#4u #fypシ゚
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bella pandai cover kelemahan YB dari dimalukan.. ajak semua menari untuk backup YB. cerdik bella ni, bakal isteri yang bijak.. “
” What’s Bella ask, Bella gets.. BASS memang tak pernah membosankan tapi selalu menghiburkan.. aku yang senyum senyum seorang, angau ke aku haha.. “
” Terhibur semuanya sporting, Bella comel cantik suri hati YB Syed Saddiq. Yang penting YB sporting, dia ikut je kalau Bella yang buat.. “
” YB Syed Saddiq dah pandai menari zapin sekarang.. team era suka menyakat YB Saddiq dan Bella.. YB tu zapin org Johor kena tau ..dah mcm Bella plak org Johor.. “
” Pengsan tengok mereka ni, natural dan menghiburkan.. aku dah tak tau nk ketawa macam mana lg tengok Yb ni.. senak perut aku.. “
” Bella bijak sangat cover situasi, untung YB.. Lawak la yb menari tu, walaupun keras tapi effort dia ikut rentak Bella tu memang salute lah.. demi yayang Bella tersayang.. “
” Ni YB ke Bella orang Johor ni haha.. YB dah pandai menari sikit-sikit.. keras pun keras lah YB, berkat cikgu besau mengajar.. “
Seronok melihat gelagat Bella, YB Saddiq dan team 3 Pagi Era ini. Semuanya sporting dan menghiburkan lebih-lebih lagi YB Saddiq. Kelakar gerak tariannya, namun usaha YB Saddiq untuk memenuhi permintaan tu memang salute lah. What’s Bella ask, Bella gets.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mamicinta888 , Tiktok Jersipinkluna03
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen