Viral
” Aku dapat panggilan daripada mamaku sendiri yang sedang meraung menangis.. ” – Bapa Saudara Zara

Perkongsian bapa saudara Zara Qairina detik ketika mengetahui Zara dihantar ke hospital buat ramai sebak. Hancurnya hati tak terbayang strugglenya arwah bertarung nyawa untuk hidup..
Setelah hampir sebulan pemergian Zara Qairina, perasaan rindu yang teramat pastinya amat dirasai oleh ahli keluarga Zara termasuk saudaranya. Menerusi satu akaun Tiktok bernama Farid, perkongsian sebuah kisah telah mengundang rasa sebak ramai orang.
Farid menceritakan detik ketika mengetahui ketika Zara dihantar ke hospital daripada ibunya setelah Zara bertarung nyawa selama satu hari di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Sabah. Tanpa membuang masa, Farid segera mencapai kunci kereta dan bergegas menuju ke hospital.
Hancurnya hati Farid apabila mengetahui keadaan yang dialami oleh Zara pada ketika itu. Zara dikhabarkan koma dan tiada harapan untuk hidup. Setelah pemergian Zara, Farid merasakan seperti tidak berpijak di bumi yang nyata kerana tidak dapat menerima perkhabaran Zara sudah tiada.
Setelah pemergian Zara juga, satu panggilan telefon bertanya tentang Zara telah diterima daripada pemilik tempat percutian memancing yang mereka sekeluarga pergi bersama-sama sebelum ini. Dia ingin memastikan sama ada Zara yang viral diperkatakan itu merupakan Zara yang datang bercuti di tempatnya.
Menurut pemilik itu lagi, Zara ada tertinggal sebuah buku ketika bercuti dan buku tersebut masih disimpan oleh pemilik itu. Mendengarkan perkara tersebut, saudara Zara ini berasa amat sedih dan hiba. Ternyata Zara seorang anak yang gemar membaca sehingga membawa buku walaupun ketika bercuti.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Beratnya tu rindu sebatas doa. #justice4zara.. moga dgn kepahitan yg ditanggung dihujung hayatmu di ganti dgn tempat yang terindah disisiNya dan syurga Allah.. “
” Semoga arwah dpt keadilan ramai doakan awak Zara syg anak syurga Amin.. rakyat malaysia bersama kamu dik. rakyat membela nasib rakyat.. “
” Zara pilihan Allah.. Allah takdirkan arwah adik zara dan ibunya dgn ujian berat… saya yakin percaya.. semua takdirnya baik.. “
” Terselit hikmah wlu pahit utk dilalui.. Allah ingin angkat darjat zara dan ibunya kerana arwah ank yg solehah… salam takziah.. “
” Kami disini belum tentu lagi.. kuat lah semangat wahai ibu.. ankmu di muliakan oleh penciptaNya…. alfatihah Zara qairina.. “
” Rakyat mlaysia sudh menjdi seorng ayah , ibu , kakak dan abng . jngn tkut di apa apakn ingt kita ada Allah . al fatihah.. “
” Al-Fatihah (dibaca) utk arwah anak Zara Qairina.. Semoga ada keadilan utk mu, anak syurga.. Wajahnya seiras anak sy.. “
Walau jasadnya sudah pergi, kenangan dan doa yang mengiringi akan terus memayungi rohnya di alam sana. Semoga Allah menempatkan arwah Zara Qairina di kalangan hamba-Nya yang beriman dan diberi ganjaran syurga yang abadi.
Silakan SHARE..
Sumber : TT Farid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen