Artis / Selebriti
” Aku dengar nama kereta ni pun terbahak ketawa. Adui lah anak bertuah.. ” – Komen Netizen

Video Jebat Jayden mengatakan ingin membelikan kereta untuk mummynya, Noor Nabila buat ramai terhibur. Wah bagusnya Jebat, tapi lain macam betul nama kereta yang Jebat sebut tu. Baba pun tak tahan gelak bila dengan nama kereta tu, hehe..
Kelibat Jebat Jayden sering dinanti-nantikan oleh wargamaya baik di akaun media sosial milik Sharnaaz Ahmad atau pun Noor Nabila. Jebat anak yang baik dan semakin petah bercakap. Ada sahaja pertanyaan daripada Jebat yang membuatkan baba dan mommynya terkedu untuk menjawab.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Sharnaaz Ahmad, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan antara Sharnaaz dan Jebat. Mereka berdua sedang berada di dalam kereta dan Jebat memberitahu keinginannya kepada Sharnaaz.
Kata Jebat, dia ingin membelikan mummynya sebuah kereta dan menyebut nama kereta tersebut sebagai ‘Lempagini’. Sharnaaz yang mendengar nama kereta itu menahan ketawanya dan terus melayan perbualan Jebat itu. Sharnaaz bertanyakan kepada Jebat bagaimanakah rupa kereta Lempagini itu.
Jebat mengatakan kereta Lempagini itu cantik dan smart. Suara Sharnaaz yang hampir tergelak itu memberitahu Jebat kereta Lempagini itu tidak pernah lagi didengari dan mungkin jenama kereta baru. Lempagini pun Lempagini lah Jebat, lawak lah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Sharnaaz sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Baba pun menganjing nombor satu, haha.. ” – Janna Nick
” Lempagini, lempagitu haha. Aunty rasa macam nak lempar je diri aunty. lawak lah jebat, boleh pulak baba tahan ketawa eh.. ”
” Bagus lah Jebat.. Kecik lagi dah fikir nak bagi hadiah Lempagini kat mummy dia… nenek sgt terharuuuu.. ”
” Lempagini pun bolehlah boyyy haha.. asalkan kamu happy. niat tu baek betul.. untuk mummy.. ”
” Baguihhh nyerr Boy nak beli lempagini utk mommy… auntie lempar sini boleh laa haha.. Caption baba walaupun melawak macam tu deep sangat.. ”
” Takpe lah boy nanti buat la kereta brand lemparghini eh haha. Jiwa besaq macam baba Jebat ni.. bangga ada anak macam ni.. ”
”Halaa comelnya boy ni.. 1st time aunty dengar ada kete nama lempagini haha.. Lempagini pun lempagini laa.. u made my day la Jebat.. ”
” Lempagini, kelakar la.. Tersenyum kita dengar baba dia ketawa lepas sebut lempagini. Sorry jebat.. baba pun mintak kena lempar dengan Jebat ni haha.. ”
” Baba ni tak up to date lahh.. Lempagini pun tak pernah dengar haha.. dengan kita dengar nama kete ni pun terbahak ketawa, adui lah anak bertuah.. ”
Tak kisah nama kereta itu betul atau tidak. Janji niat Jebat murni hendak membelikan kereta itu untuk mummy. Nampaknya Baba kena bekerja keras lah untuk membelikan kereta Lempagini untuk Jebat dan Mummy Jebat. All the best Baba Jebat, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sharnaaz Ahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen