Artis / Selebriti
” Aku dengar statement ni pun dah senyum meleret dan hati berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen

Video temubual bersama abang YB Syed Saddiq, Space Dollah buat ramai teruja. Jawapan soalan YB Saddiq dan Bella bakal berkahwin tu mesti buat peminat BASS tersenyum mendengarnya..
Kisah Bella Astillah dan YB Syed Saddiq (BASS) mendapat liputan meluas dan seluruh negara memperkatakan mengenai BASS. Dari teman kerja dan cuma hanya marketing, perhubungan rapat antara Bella dan YB Saddiq sekarang kelihatan lebih daripada seorang kawan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Mstar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual pihak wartawan bersama abang kepada YB Saddiq, Space Dollah. Banyak soalan yang diajukan kepada Space Dollah mengenai YB Saddiq dan Bella.
Mengakui beraya bersama keluarga Bella, Space Dollah memberitahu kedua-dua ibu bapa Bella sangat baik. Bella sendiri juga sudah pun bertemu Mama dan Abuya. Space Dollah juga turut memuji anak sulung Bella, Ayden yang bijak berkata-kata dan diumpamakan seperti Saddiq 2.0.
Wartawan juga turut bertanyakan soalan adakah mungkin Bella akan menjadi adik iparnya. Jawapan yang diberikan oleh Space Dollah seakan satu hint dan berita gembira yang dinanti-nantikan oleh semua peminat setia Bella dan YB Saddiq.
Jom tonton video di bawah (tonton video penuh di hujung artikel) :
@mstarmalaysia Dah jumpa keluarga Bella Astillah, abang bagi ‘hint’ nak tengok Syed Saddiq kahwin dulu #sembangentertainment #mstar #syedsaddiq #bellaastillah
Lebih 10 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bagus lah Spacedollah ni very supportive. Love the way he give comments. SpaceDollah is a wonderfull person. I salute you bro, love yr posiitive vibes. THORBAIKKK.. “
” Minat tngok cara spacedolla mnjwab.. Bijak dan supportive.. You are very professional with your answers. Kalau ada Jodoh pasti mereka bersama.. “
” Nohhh dengar jawapan presiden pon boleh sengih2.. Terbaik president… nothing happens by accident.. akk sukaaaaa…love².. “
” Keluarga SS ni anugerah Allah buat bella.. mghargainya sgt. myokong &very supportive.. SS pun amat beruntung dgn adanya bella ramai mendoakan dia.. semua nk yg tbaik bt mereka ber2.aminnnn.. “
” Alhamdulillah dh ada bunga² kegmbiraan..moga bella n yb syed berjodoh n cpt d makbulkn hgga kejnjng pelamin..aaminn.. “
” Abg dia ni bagi jawapan sedap betol dengar.. aku ingat aku sorg jer happy tgk bass rupanya ramai happy ye. Ayden versi ybss 2.0.. “
” President dah bagi hint.. dia bagi laluan kat YB dulu.. Terbaik restu daripada seorang abang.. aku dgr statement ni pun dh senyum meleret n hati berbunga-bunga.. “
Jawapan yang sangat menyenangkan hati semua peminat BASS mengenai hala tuju hubungan Bella dan YB Saddiq. Kedua-dua family sangat sporting dan saling memberikan restu, hanya yang tinggal takdir Allah yang tertulis untuk Bella dan YB Saddiq. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mstar, Youtube Channel Mstar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen