Artis / Selebriti
” Aku dok cari mana satu mama dia, sumpah nampak macam sebaya je semua.. ” – Komen Netizen

Muatnaik Gambar Meraikan Hari Lahir Ibunya, Perkongsian Datin Intan Najuwa Curi Perhatian Ramai. Wah Serius Lah Mak Intan Muda Macam Ni. Part Gambar Ramai-Ramai Tu, Nampak Sebaya Je Semua !!
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon cantik, Datin Intan Najuwa telah dikongsikan beberapa gambar dan video yang memaparkan Intan bersama keluarganya. Tulis Intan di ruangan kapsyen mengatakan gambar-gambar serta video itu adalah ketika menyambut ulang tahun kelahiran ibunya.
Turut ada meraikan hari lahir ibu Intan adalah suami Intan, Datuk Ahmad Asraf Azman, kakak serta adik Intan. Kelihatan mereka sekeluarga menikmati makan malam bersama dan ibu Intan menerima hadiah hari jadinya berupa barangan berjenama mewah.
Perkongsian oleh Intan ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang terpegun melihat kecantikan ibu Intan yang dikatakan awet muda. Bukan itu sahaja, gambar Intan bersama ibu dan adik beradiknya juga dikatakan nampak seperti sebaya sahaja.
Sehingga kini, perkongsian Intan menyambut hari lahir ibunya menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai, cantik sungguh ibu Intan, patutlah semua anak-anaknya pun cantik juga.
Ikuti perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dan memuji kecantikan ibu Intan. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aku dok cari mana 1 mama dia, sumpah nampak macam sebaya ja semua.. Cun betul mak Intan ni rupanya, awet muda pula tu.. “
” Mak ke.. Mcm kakak, klu letak aku kat sebelah Intan mesti org ingat aku yg mak dia waaaaaaa.. Patut lah Intan cantik, maknya pun cantik sangat.. “
” Cantik sungguh anak beranak ni, yg mama tu nampak macam kakak sulung jee.. Mudaa betul muka mak diaaaa.. Confused tengok mana satu maknya.. “
” Uishhh mama dia macam anak dara, aku 3 4 kali tengok mana satu mama dia. Awett mudanyaaaaa. Happy birthday auntie.. “
” Makaiiii mak mcm member2 lawa butui.. Menangis aku tengok mak Intan ni.. Kalah aku yang tak kahwin lagi ni.. Muka dah macam anak 4.. “
” Lorhhh. Punya la I mncari mana satu maknye. Skali tudung putih rupanya.. So youngggggg.. Happy birthday untuk mak Intan, semoga auntie sihat2 slalu.. “
” Dari mak smpai ank smua cntik2.. Nasib baca kapsyen.. Kalau tak ingatkan tadi celebrate adik ke kakak ke, huhu.. Terpegun tengok mak Intan.. “
Rupa-rupanya Intan mewarisi kecantikan daripada ibunya, memang anak beranak ni semuanya cantik. Selain itu, Intan juga kelihatan semakin berseri-seri memandangkan kini Intan sedang berbadan dua. Apa-apa pun, selamat hari lahir buat ibu Intan dan tak lupa juga kepada Intan, semoga segala urusan Intan untuk bersalin nanti dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG intannajuwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen