Artis / Selebriti
” Aku menangis tengok video ni. Kuatkan semangat Khai.. ” – Netizen

Video Throwback Kenangan Khai Bahar Bersama Arwah Ibunya, Rosnah Muhammad Buat Ramai Tersentuh. Siapa Sangka, Itu Nyanyian Terakhir Mak Untuk Khai Dan Adik Beradik. Tiada Lagi Suara Merdu Mak Dan Gelak Ketawa. Sedih Tengok !!
2 hari yang lalu, penyanyi kesayangan ramai, Khai Bahar mendapat perkhabaran duka apabila ibunya, Rosnah Muhammad kembali ke rahmatullah. Khai yang pada ketika itu berada di Langkawi bergegas pulang menaiki bot walaupun sudah tengah malam.
Hilangnya seorang ibu memberi tamparan yang besar buat Khai. Syurga yang selalu mendoakan Khai telah pergi buat selamanya. Reaksi Khai sepanjang berada di samping jenazah ibunya juga meruntun hati warganet. Rasa sedih yang tidak terbendung dan Khai menangis mengenangkan maknya itu.
Meninjau akaun Tiktok Khaibahar0, telah dikongsikan satu video throwback Khai dan adik beradiknya bersama arwah Mak Ros. Menyanyikan lagu kegemarannya Setanggi Syurga, suara mak Khai mendapat pujian daripada warganet. Patut Khai suara sedap, maknya pun merdu suaranya.
Menerusi video ini, semuanya kelihatan gembira dan bergelak ketawa mendengar mak menyanyi. Nyanyian terakhir mak untuk Khai dan adik beradik yang pastinya menjadi video kenangan paling berharga. Warganet yang menonton video ini juga turut sama menitis airmata.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@khaibahar0 Rindu Yang Tiada Penghujung🤍 #khaibahar #khaibahar_94 #fyp #fypシ #fypage #foryoupage #khai #berandafyp #masukfyp #masukberanda #masukberandafyp
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Meningalkan kenangan yang tak akan lupa.. semoga roh nya bersama orang-orang yang beriman.. sedap jugak suara arw4h mak Khai ni.. ”
” Ya Allah , aku menangis tengok video ni… aku pernah rasa kehilangan seorang abah.. salam takziah khai bahar, moga arwah ibu ditempatkan brsama org2 yang beriman.. ”
” Sedihnye… ada kenangan… bersabarlah ye khai.. gambar Dan video adalah Salah satu poket memori menyimpan kenangan bersama org yg kita sayang.. ”
” Video ni akan diulang-ulang oleh Khai setiap kali rindukan arwah. bahgianya tengok family khaibahar.. Semoga bonda ditempatkan diklngn para solehah.. ”
” Untung boleh hari² tgk video Mak, bila dh tak ade boleh dgr suara Mak.. hanya tinggal kenangan Al-fatihah sedihnya.. kuatkan semangat Khai.. ”
” Sedap suara mak khai bahar.. al fatihah.. Yg paling sakit adalah bila kita kehilangan org yg tersyg yg pulang ke alam yg abadi. Semoga Khai kuat n redha. Salam takziah.. ”
” Patut pon suara khai bahar sedap.. suara aruah maknye pon sedap.. salam takziah ye khai. semoga mak khai di tempatkan di kalangan org² beriman.. ”
” Termenangislh plk tgok semue vdio ni, teringat jugak yg kite ni pun dh kehilangan syurga kita.. al fatihah buat mereke yg dh pergi meninggalkn dunia ini.. ”
Rindu pada mak yang tidak akan ada penghujungnya, hanya yang pernah melaluinya merasai apa yang Khai rasa sekarang. Semoga Khai terus diberikan kekuatan untuk mengharungi hari mendatang dan sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat mak Khai.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Khaibahar0
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen