Artis / Selebriti
” Aku nangis lagi teruk daripada Hattan masa tengok video ni.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Hattan Menemani Anak Kepada Arwah Adiknya, Mikael Mengambil Result SPM Buat Warganet Sebak. Tak Pernah Tengok Dato’ Hattan Menangis Macam Ni. Kalau Lah Arwah Adik Masih Ada, Tentu Bangga Dengan Kejayaan Mikael. Touching Sangat !!
Hari ini 27 Mei 2024 keputusan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) bagi pelajar sesi 2023 telah pun diketahui. Pelbagai reaksi dapat dilihat di setiap sekolah. Ramai yang menangis kegembiraan atas keputusan yang tidak dijangka lebih-lebih lagi para ibu bapa dan penjaga.
Meninjau perkongsian di akaun Tiktok Xtra, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Dato’ Hattan menemani anak saudaranya, Mikael untuk mengambil keputusan SPM di sekolah. Untuk makluman, Mikael adalah anak kepada arwah adik Dato’ Hattan iaitu Hatta.
Walaupun kegembiraan kerana Mikael memperoleh keputusan yang cemerlang, Dato’ Hattan tidak dapat menyembunyikan kesedihannya. Kata Dato’ Hattan, seandainya adiknya masih hidup, tentu adiknya itu akan bangga dengan pencapaian yang diperolehi oleh Mikael.
Belum pernah warganet melihat Dato’ Hattan menangis seperti hari ini. Ini adalah sisi lain Dato’ Hattan yang terselindung di sebalik sifat tegas dan garangnya itu. Dato’ Hattan sebenarnya seorang yang penyayang dan bapa saudara yang sangat bertanggungjawab kepada Mikael.
Jom tonton video di bawah :
@xtra_my Sebak min tengok 😢 Apa pun tahniah Mikael 😊👍🏼 #fyp #xtra #hattan #anak #arwahadik #spm #straightA #beritaditiktok #sembangentertainment
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 46 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Payah nak nampak Dato Hattan ni menangis.. Bagus dato Hattan kerana menjadi pakcik yang bertanggungjawab. dia tunaikan tanggungjawab dia. tak semua orang buat macam tu.. ”
” Dia tiada ayah tapi ada pakcik yang bertanggungjawab. Yang ada untuk peluk dia waktu dia memerlukan.. ”
” Dia rindu adik dia tu. Dato hattan memang rapat dengan arwah Hatta. Balik Pilah mesti selalu nampak mereka dengan family.. ”
” Sedih sebab sepatutnya adik dia kena ada time tengok anak dia berjaya. Aku pulak yang banjir air mata tengok dato hattan menangis macam tu.. moment yang mikael tak akan lupakan sampai bila-bila.. ”
” Beruntung kau dik sekurangnya pakcik awak jaga awak selpas bergelar anak yatim.. pakcik akak dluu buat tk thuu jee pasal ktrg.. ”
” Aku nangis lagi terok daripada hattan mase tgk video ni. Sisi lain dato Hattan yang orang tak tahu. ini baru waris yg betul2 memikul.. tanggungjawab sebagai seorg bapa saudara.. ”
” Aku ok lagi masa dia sebak sebut nama arwah adik dia.. part lagu tu.. auto bergenang.. Tahniah Adik Mikail, berkaca mata den tengok. Terbaik hattan , ambik tanggungjawab bapanya.. ”
Warganet yang melihat aksi Dato’ Hattan dan Mikael ini turut sama menitik air mata. Seorang bapa saudara yang mengalas tanggungjawab sebagai bapa setelah pemergian adik tersayang. Tahniah Mikael atas kejayaan ini dan semoga terus maju jaya serta berjaya dunia dan akhirat.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Xtra, IG Dato Hattan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen