Artis / Selebriti
” Aku pula sebak dengar Ayden jerit panggil YB.. ” – Komen Netizen

Video anak Bella Astillah, Ayden Adrean memberikan semangat kepada YB Syed Saddiq ketika menyertai 113 International Triathlon Desaru Malaysia 2025. Tersentuh tengok Ayden berlari mendapatkan YB Saddiq dan bersalaman sambil mencium tangannya..
Meninjau di akaun Instagram milik basscontents dan akaun TikTok sabrinabee78, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan YB Syed Saddiq telah menyertai 113 International Triathlon Desaru Malaysia 2025 pada hari ini. Menerusi video itu, turut kelihatan anak sulung Bella Astillah, Ayden Adrean yang juga menyertai acara tersebut.
Perkongsian video itu telah mencuri tumpuan ramai apabila dilihat Bella juga memberi sokongan bukan sahaja kepada Ayden, malah YB Saddiq. Salah satu video yang memaparkan Ayden memberikan sokongan kepada YB Saddiq saat mengakhiri acara tersebut turut mengundang sebak warganet.
Kedengaran menerusi video itu, Ayden memjerit dengan memanggil YB Saddiq dengan panggilan uncle dan mereka juga sempat berjabat tangan. Selepas YB Saddiq berjaya menamatkan acara itu, Ayden berlari mendapatkan YB Saddiq dan terus bersalam mencium tangan YB Saddiq.
Sehingga kini, video-video itu telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Ada wargaent mengatakan terharu melihat keakraban antara Ayden bersama YB Saddiq dan mengatakan jelas terlihat Ayden menjadikan YB Saddiq sebagai tunggak inspirasinya,
Tonton video di bawah ini :
@sabrinabee78 Replying to @gracetoyong ❤️.. Doakan..❤️🥹… #bellaastillah #syedsaddiq #aydenadrean #motivation #sabrinabee
♬ original sound – Daniesh Suffian (fansAcc) – Reads N Beats
@sabrinabee78 Replying to @bungapink2007 welkam❤️ #bellaastillah #syedsaddiq #motivation #sabrinabee
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video-video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aku pula sebak dengar Ayden jerit panggil YB macam tu.. Aku rasa la kan korang, bile diorg sah akad nikah nnt baru ara ayden call him papa.. Sbb budak² ni kn cpt kantoi, mummy pun bimbang nnt kang, haha.. “
” Boleh dijadikan family contoh kategori cergas dan cerdas.. Pure fit and intelligence.. Moga YB dan Bella akan cepat naik pelamin.. “
” YB dan Bella tersenarai dalam calon terhangat.Mereka layak dicalonkan kerana bukan sahaja popular, tetapi juga membawa aura positif ,pengiktirafan kepada pasangan yang bukan hanya terkenal, tetapi turut aktif membantu masyarakat, contohnya dalam mencari dana untuk kebajikan.. “
” Nampk confident si Ayden..Allah sebaik2 perancang Dia hadirkan seorang Syed Saddiq dlm keluarga kecil ni… Smoga Allah pelihara hubungan mereka.. InshaAllah.. Aamiin.. “
” Salah 1 moment trindah bt Ayden yg crdik tuk YBSS yg sgt mghrgai Yang Bella n ank2nya.. Mkin byk ksh syg yg YBSS tnjuklurvee.. “
” Comel Ayden.. Tibe mcm.. Sebak.. Apa rase YBSS dtg finish line tahun ni ada iron lady dia dan anak2 sambut.. Sblum ni mama & abuyah dia.. Kali ni ada kelainan.. “
” Masyaallah.. Sebak wehhh.. Tak pelah uncle pun uncle lah. Nanti dah sah, panggil daddy yer anak, hehe.. Yg penting kami ikot bahagia.. Yesss itu semua vitamin utk kami.. “
Wah, semangat sungguh Ayden menjerit memberikan semangat kepada uncle Saddiq. Apa-apa pun, tahniah diucapakan kepada YB Saddiq dan Ayden. Semoga video-video ini juga menjadi inspirasi kepada ibu bapa dan anak-anak di luar sana untuk minat bersukan serta mengisi masa dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG basscontents, TikTok sabrinabee78
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen