Artis / Selebriti
” Aku pulak yang berdekah tengok video ni. Tok Ram pun soalan, haha.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Ramli MS Bersembang Dengan Anak Perempuannya, Nur Izzara Raih Perhatian Warganet. Amboi Riuhnya Mulut Zara Bercakap. Tok Ram Pun Yang Bukan-Bukan Offer Pada Zara. Lawak Betul, Haha !!
Kehidupan Datin Alyah dan Dato’ Ramli MS atau mesra dipanggil Tok Ram semakin gembira sejak kehadiran si kecil bernama Nur Izzara. Suatu masa dahulu, Tok Ram disifatkan sebagai seorang yang serious dan susah untuk melihat Tok Ram senyum tetapi keadaan berbeza sekarang. Semakin hari semakin terserlah sifat penyayang Tok Ram.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Datin Alyah, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan gelagat Tok Ram bersama Zara. Kata Datin Alyah, anak dan ayah ini dua-dua peramah orangnya. Bukan main rancak lagi Tok Ram berbual dengan Zara, berbeza jika dia bercakap dengan Datin Alyah menerusi video-video yang dikongsikan sebelum ini.
Tumpang seronok warganet melihat telatah Tok Ram melayani anaknya itu. Awalnya ditanyakan kepada Zara sama ada Zara ingin minum susu. Selepas itu, pertanyaan Tok Ram mula ‘mengarut’ dan ianya menggeletek hati warganet. Ada pula ditawarkan Zara burger, Chatime dan duit.
Reaksi wajah Tok Ram yang tersenyum sahaja sepanjang bercakap dengan Zara meraih perhatian warganet. Alahai memang peramah sungguh Zara, tidak henti berbunyi mulutnya itu. Fasa anak sebegini memang seronok mendengar dan melayan bunyi yang keluar dari mulut mereka.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haha comel sangat ni boraknya.. sebenarnya yang nak makan burger tu tokram kan haha.. sebenarnya yang nak makan burger tu tokram kan hehe.. happy family Alyah, Tokram.. ”
” Ni la yg nabil teringin ‘tak pernah dapat bapak komposer’.. adik ni dapat dulu haha.. Nabil dah dapat air.. kena bahan la dato’.. ”
” Seronoknya tengok dia berborak, nak tengok hari-hari tok.. Tokram pandai melayan Zara.. baby nak beger ramli tu.. tokram pun soalan haha.. terbahak aku ketawa.. ”
” Pandai dia sembang ngan daddy tokram_ramlims dia… mummy alyah81 jangan makan hati yer… semoga kebahagiaan dan kesihatan yg baik milik kamu bertiga selamanya … amin yra.. ”
” Aku pulak yang berdekah tengok video ni.. Tak abis-abis tokram chatime.. dulu kini dan selamanya haha.. ”
” Haha Tokram kelakar lah.. pandai tokram layan baby.. tok tengah test vokal tu hehe.. daddy pun masuk air.. ”
” Pandainya baby sembang dgn daddy dia ya. peramah esok ni.. tokram pun offer anak macam anak tu dah besar je haha.. comek je tokram ni, haha.. ”
Alhamdulillah semakin bahagia Tok Ram dengan adanya teman berbualnya ini. Untung Zara ada daddy yang rajin melayan sebegini. Tok Ram punya offer, kepada Zara bukan biasa-biasa tu, macam-macam yang ditawarkannya. Apa-apa pun, semoga Zara membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang solehah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Alyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen