Artis / Selebriti
” Aku tak boleh la dua orang ni. Dalam memain nyanyi pun, aku boleh tangkap feel dengar.. ” – Komen Netizen

Video Kak Lina Pom Pom berduet bersama Misha Omar menyanyikan lagu Break buat warganet terhibur. Fuh suara masing-masing memang meremang dengar, gempak sangat..
Siapa yang tidak kenal dengan pemilik nama Misha Omar. Suara gemersik dan lunak merdu menjadi kekuatan buat Misha dan sehingga ke hari ini Misha masih kekal relevan dalam industri. Misha juga telah pun keluar dengan single terbarunya berjudul Break ciptaan komposer terkenal, Melly Goeslaw.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Misha berpadu suara bersama pengacara, pelakon dan penyanyi Radio Era iaitu Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom. Mereka berdua mendendangkan single terbaru Misha itu.
Paduan suara Kak Lina dan Misha sememangnya dinanti-nantikan oleh ramai peminat. Misha ada auranya tersendiri, begitu juga dengan Kak Lina. Suara Misha yang gemersik bergabung dengan suara Kak Lina yang lunak merdu membuatkan nyanyian mereka itu tidak jemu didengar.
Walaupun Kak Lina gila-gila perangainya, namun suara Kak Lina tetap mantap menyanyikan lagu ini. Ramai yang memuji suara Kak Lina dan beri lah apa sahaja lagu, semua akan Kak Lina cover dengan cukup baik sekali. Misha juga melayan sahaja perangai masuk air Kak Lina.
Jom tonton video di bawah :
@era.je Collab suara paling dinanti-nantikan pada abad ini, penyanyi no 1 malaysia @mishaomar dan penyanyi example Kepom @iamellymazlein dengan lagu Break. Kepada yang tengah patah hati tu lagi-lagi bila Fattah Amin dah kahwin, lagu Break ni untuk korang! 😂 #sharERA #CartaERA40 #fyp
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 24 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kepom nie mcm kelly clarkson malaysia … semua lagu dia bole bawak … cer dia buat cover semua lagu … mst best.. ”
” Buatkan kepom konsert.. Nk tgok kepom kt konsert.. Lagu galau semua. Tlg la realisasikan impian kepom.. low note kepom sedap yakmat.. ”
” Sedappp gilerrr suara kepom.. kepom ni nmpk cm byk main xserious tp nyanyi power ooooo.. elly tukar emosi dia cmtu je .. td baru je dia gelak2 .. kerlasss mmg xnk kalah.. ”
” Sebutir2 sebutir jelas misha nyanyi.. satu per satu…. jiwa xyah ckp argh… always the best.. 2 2 Masuk air , lemas aku dibuatnyaa. Misha dgn tone lantang.. Elly mazlin dgn lemak merdu nya.. dua2 sedap dan padu.. “
” Kepom buktikn mmg dia xnk kalah.. Aaa… Dua2 suara sedap.. Mak luv… Aduhhhh suara kaklinaaaa auto bergenang air mataa. aku xboleh la dua org ni. dlm memain nyanyi pn alu blh tangkap feel dgr… lah.. ”
” Lurve suara kak mitch.. tp kak kepom suara wow xnk kalah la ekkk.. masyarakat majmuk…dgn riaknya kepom mmg no syatuuukan & kak mish pun sama naik ea bergabung dgn kepom…. best syangat.. ”
” Suara kepom no syatuuuuuuu dikalangan masyarakat majmuk. kepom bertukar menjadi Elly Mazlein bila menyanyi.. sedapnya gabungan.. ”
Padu sungguh gandingan suara Kak Lina dan Misha, walaupun seperti main-main menyanyi tetapi boleh meremang mendengar suara mereka. Jika ada lagu duet Kak Lina dan Misha tentu akan meletop. Apa-apa pun, duet yang terbaik dan semoga kedua-duanya terus success dalam kerjaya.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen