Artis / Selebriti
” Alala comelnya, hidung mancung. Nama dia panjangnya.. ” – Komen Netizen

Zaquan Adha Kongsi Video Terbaru Dan Nama Anak Ketujuhnya Yang Baru Lahir Raih Perhatian Ramai. Wah Comel Sangat Baby, Hidung Terpacak. Nama Pun Sedap !!
Sebagaimana yang dilaporkan media, pelakon Ayu Raudhah dan pasangannya Zaquan Adha telah pun selamat menimang cahayamata ketujuh mereka pada 2 Ogos yang lalu. Menurut laporan Mstar Online, Zaquan memaklumkan bayi lelaki ini lahir dengan berat 2.3 kilogram.
Menerusi perkongsian terbaru Zaquan di akaun Instagram miliknya, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan wajah anak ketujuhnya ini. Zaquan turut memaklumkan nama yang dipilih untuk anak lelakinya iaitu Muhammad Aisy Al Raees Bin Mohamad Zaquan Adha.
Baby Raees sedang baring di dalam katil buaian rotan. Wajah baby Raees ditunjukkan secara penuh dan menampakkan rupanya yang comel. Baru berapa hari usianya sudah pandai buka mata dan melihat sekeliling. Sekali imbas seperti wajah Ayu sahaja baby Raees ini. Warganet juga teruja melihat wajah Raees.
Nampaknya masih kekal seorang sahaja anak perempuan Ayu dan Zaquan setakat sekarang. Ramai lah bodyguard si kakak. Untuk makluman, semua nama anak lelaki pasangan ini akan dimulakan dengan nama Muhammad Aisy sebagai pangkal nama mereka.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Baby boy, nampaknya kakak masih sorang lagi. ramai bodyguard kakaknya ni.. Ini buai turun temurun ni ngam . Steady daddy.. ”
” Nama panjangnya.. mashaallah tabarakallah comel nya dia. semoga dalam jagaan Allah selalu. membesar jadi anak yg soleh.. aamiin.. ”
” Alalalaa comelnya.. cute baby.. tahniah handsome boy.. Comel je buai dia.. hidung mancung baby eh.. ”
” Tahniah Zaquan dan Ayu… Assalamualaikum Raees.. cutenya dia.. muka macam ayu je yang ni.. ”
Antaranya nama anak lelaki lain Ayu dan Zaquan ialah Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Muhammad Aisy Khaliq dan Muhammad Aisy Al Jibreel. Satu-satunya anak perempuan pasangan ini pula diberi nama Laura Zuleykha.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Zaquan dan Ayu atas kelahiran baby Raees ini. Semoga Muhammad Aisy Raees menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa, insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara serta kebanggaan keluarga apabila besar nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Zaqone_08, IG Ayu Raudhah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen