Viral
” Alhamdulillah Ainul dah boleh panggil mama.. ” – Netizen

Video Ainul Mardhiah Memanggil Ibunya Buat Ramai Tumpang Gembira Dan Rasa Bersyukur. Ada Yang Teruja Sampai 10 Kali Ulang Tengok. Alahai, Comel Dan Bijak Sangat Ainul !!
Hari demi hari semakin banyak perkembangan positif yang dikongsikan oleh ibu Ainul Mardhiah iaitu Nurul Erwani di laman Instagram miliknya. Perkongsian terbaru daripada ibu Ainul kali ini pula ialah Ainul sudah boleh menyebut perkataan ‘mama’.
Menurut Nurul Erwani, beliau sering mengajar Ainul agar memanggilnya mama pada setiap hari. Akhirnya semalam Ainul telah membuatkan Nurul Erwani berasa gembira kerana usahanya selama ini telah membuahkan kejayaan apabila pertama kalinya Ainul menyebut mama.
Oleh itu, Nurul Erwani telah merekodkan video ketika Ainul memanggilnya kerana ia merupakan momen yang sangat dinantikan olehnya sebagai seorang ibu. Berita gembira ini dikongsikan kepada semua pengikut Ainul di laman Instagram beliau.
Video yang berdurasi beberapa saat sahaja ini telah menggembirakan hati ramai netizen. Ramai yang rasa bersyukur dengan perkembangan Ainul sehingga hari ini sehinggakan ada yang tidak puas menontonnya sekali. Alahai, comel sangat kan Ainul !!
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen mendoakan perkara yang baik-baik buat Ainul. Antara komen-komen mereka :
” Yaa Allahh . bijaknyee dia , pndai msukkan jari dlm lubang tu untuk bnyikan suara . Mogaa Ainul membesar dengan sihat .. “
” Perkara yg paling gembira kalau pertama kali anak pandai sebut mama mummy ibu ummi.. Syukur alhamdulillah.. “
” Lebih 10kali ulang tngok…….. Teruja nye…. Alhamdulillah ainul dh boleh panggil mama…. Sweet sngt ainul ni… “
” Allahamdulilah ainul dh semakin sihat dan dh pandai panggil mama.. “
” Alhamdulillah, sayang ainul, anak bijak, anak pintar.. “
” Comelnya ainul, semoga menjadi anak yang sihat dan solehah.. “
Alhamdulilah dan syukur kepada Allah kerana Ainul terus menunjukkan perkembangan positif buat kita semua. Semoga Ainul terus sihat dan membesar menjadi anak yang solehah serta sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Good Job buat Ainul !!
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nurul Erwani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Macam ni lah jawapan lelaki gentleman, baru la anak jantan. YB sangat melindungi Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang bulu roma dengar dua orang ni menyanyi. Saling melengkapi, perfect combination.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen