Artis / Selebriti
” Alhamdulillah isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan.. ” – Remy Ishak

Remy Ishak Kongsi Berita Gembira Isterinya, Ezza Yusof Telah Selamat Melahirkan Zuriat Sulung Mereka. Wah Official Dah Jadi Ayah Lah. Tahniah Papa Remy !!
Sejak hari pernikahan mereka sehingga lah ke hari ini, kehidupan Remy Ishak dan Ezza Yusof menjadi perhatian warganet. Setelah Remy memaklumkan tentang kehamilan Ezza, ramai yang tidak sabar untuk melihat Remy menjadi seorang ayah.
Meninjau akaun Instagram Remy Ishak, aktor ini telah pun berkongsikan khabar gembira tentang kelahiran anak sulungnya ini di Instastory nya kira-kira 9 jam yang lalu. Penantian 9 bulan Remy dan Ezza berakhir sudah apabila Ezza selamat melahirkan cahayamata mereka itu.
Ungkap Remy, Ezza telah pun selamat melahirkan pada hari ini sekitar jam 11.17 pagi di hospital Gleneagles. Keadaan isteri dan anaknya ini stabil dan kedua-duanya sihat. Remy turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan.
Pada perkongsian sehari sebelumnya pula, Remy berkongsikan keadaan Ezza ketika dimasukkan di hospital. Tersenyum sahaja Ezza walaupun sedang menahan kesak1tan. Remy pula sudah berimej baru, berambut pendek dan nampak lebih kemas dan segak.
Jom baca perkongsian di bawah :
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan untuk Ezza sepanjang proses bersalinnya ini. Setakat ini Remy tidak lagi memaklumkan cahayamatanya ini lelaki atau pun perempuan. Yang pasti kata Remy, baby nya ini tersangat lah comel. Tentu lah secomel daddy dan mommynya kan.
Tahniah daripada kami di Berita Kopak kepada Remy dan Ezza atas kelahiran cahayamata sulung mereka ini. Semoga Ezza cepat sembuh dan dapat menjalani proses berpantang dengan tenang dan gembira. Welcome to the club Remy dan Ezza.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Remy Ishak, IG Ezza Yusof
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen