Artis / Selebriti
” Alhamdulillah, pandainya Fatima baca doa makan dengan jelas.. ” – Netizen

Video Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Membaca Doa Sebelum Makan Ubat Raih Perhatian Ramai. Wah Pandai Betul Fatima Makan Ubat Sendiri Jer, Senang Betul. Comel Suara Fatima Baca Doa !!
Meninjau ke akaun Instagram Fattzuralovelife, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat Nur Fatima Aisya sedang makan ubat telah meraih perhatian ramai. Fatima dilihat seorang kanak-kanak yang tidak takut untuk makan ubat.
Ini kerana Fatima sendiri yang memegang picagari berisi ubat dan Fatima sendiri yang menyuap ubat tersebut ke mulutnya. Namun yang mencur1 perhatian ramai ialah Fatima membaca doa makan sebelum menyuap ubat.
Walaupun Fatima baru berusia 3 tahun, Fatima sudah boleh membaca doa makan dengan lancar dan jelas. Alahai, bijak betul Fatima kerana ingat untuk membaca doa makan walaupun sekadar makan ubat. Bagus didikan yang diberikan oleh ibu bapa Fatima.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 3 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Jika semudah ini Fatima makan ubat, pastinya Fatima akan cepat sembuh. Senang hati mummy dan daddy Fatima apabila Fatima suka makan ubat.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen ramai yang memuji Fatima yang pandai baca doa makan. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Nyamma tk pergi school pun semua benda dah pandai.. Wah dah boleh jadi Kakak yang baik n independent…Nanti ajar adik nyamma Nanti hihi.. “
” Alhamdulillah pandainya Fatima baca doa makan dgn jelas. Fatima anak bertuah dan seorang student yg pintar kelak disekolah nanti. Terbaik FATTZURA didik Fatima dgn baik.. “
” SubhanAllah,NYAMMA the gifted and talented child.May you excel in every aspect as you grow up and remain humble & successful as your both parents are.. “
” Good girl baby baca doa b4 mkn ubat tpi lahai comel sgt count tu byk akal dia.. Pandainya makan ubat sendiri. GWS Fatima.. “
” Good girl Nyamma pandai dia baca doa b4 mkn ubat batuk.. Amboi2 seronok eh makan ubat Bertuah betul Fatima.. “
” Allahu sayang pandai bca doa mkan… syafakillah nyamma.. Dah abis makan Ubat… nak nari dangdut.. Bagus Nyamma…. Semoga cpt sembuh iye nyamma… Aamiin Ya Mujib.. “
” Ni klu geng dgn isaacraees mmg ngam. Both banyak cakap. But of course, pompuan akan menang.. Well done baby gal.. “
Seronok apabila anak sangat mudah untuk makan ubat. Perkara ini pasti tidak merunsingkan ibu bapa apabila tidak perlu memikirkan cara untuk si anak mahu makan ubat. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Nur Fatima Aisya segera sembuh daripada sak1tnya. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattzuralovelife
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen