Artis / Selebriti
” Allah bantu dia asbab dia mengaku segala silap dan turunkan egonya.. ” – Netizen
Video Dato’ Red Kini Menjadi Model Raih Perhatian Ramai. Wah Tak Sangka Dato’ Red Ni Berbakat Juga Rupanya, Rezeki Buat Dato’ Red !!
Umum mengetahui yang suami kepada Adira Suhaimi iaitu Dato’ Red kini mengakui dirinya sudah diisytihar muflis. Dato’ Red juga menyatakan yang dirinya kini sudah tidak mempunyai pekerjaan dan berharap ada syarikat yang ingin menerimanya bekerja.
Siapa sangka dengan pengakuan Dato’ Red ini secara tiba-tiba Dato’ Red telah dilamar menjadi model untuk syarikat Jakel. Meninjau ke akaun TikTok, Dato’ Red telah memuatnaik sebuah video dirinya memperagakan baju melayu keluaran Jakel.

Klik gambar untuk info..
Video tersebut telah meraih perhatian ramai kerana Dato’ Red dilihat mempunyai bakat dalam menjadi modeling. Tidak nampak kekok apabila Dato’ Red bercakap di hadapan kamera. Inilah yang dikatakan rezeki buat Dato’ Red dan tidak mustahil jika ramai lagi menawarkan tawaran bekerja buat Dato’ Red.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 100 ribu tanda suka daripada warganet dalam tempoh 10 jam ia dimuatnaik buat masa ini. Nampaknya Dato’ Red kini sudah mempunyai ramai peminat kerana sikapnya yang merendah diri.
Jom tonton video di bawah :
@dato..red Maaf, saya first time jadi model. Terima kasih Datuk Seri Feruz @JAKEL MALL HQ kerana beri saya peluang dan sudi berkongsi rezeki dengan saya yang tidak seberapa ni Bila saya masuk jakel mall tadi, MashaAllah saya sangat kagum, ruangan yang luasa. Baju yang banyak juga staff yang sangat peramah Kalau sesiapa yang tinggal sekitar KL, kalau belum ada baju raya boleh datang ok? Tahun ni kita support Jakel ok? #KongsiBersama
Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap Dato’ Red dan mendoakan yang baik-baik. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Bnyak datuk red belajar dari adira.. disebabkan abg red.. akhirnya saya memilih jakel la tahun ni .. tiba2 aku jadi minat kat dato red ni.. “
” Berbakat juga dato red ne kalau buat konten dgn adira ne mesti best.. Tok.. standby pak mat western pulak pasni.. Terbaikk bukan semua orang mampu turunkan ego mcm dato red ni.. “
” Tanpa kita sedar Allah mengakat darjat dato selepas dato hilang segalanya yang dia sayang … itu laaa Sifat Allah Yaa Rahman Yaa Rahim.. “
” Alhamdulillah rezeki dato red. Doa yg baik2.. Kesilapan yg lepas jd kn pengajaran. Lps ni dato kerja la sunguh2. Jgn nakal2 lg.. “
” Byk slot tokred ni.. Ikut turn la ye sapa nk bg job tu.. jakel mmg baik dulu tlg nabil skrg tlg dato red dngn berupa kerja , bisnes mcm ni kita kene sokong.. “
” MashaAllah baiknya Allah…. Allah bantu dia asbab dia mengaku segala silap dan turunkan egonya di depan umum.. chayyok² Dato Red! dh jadi model dah.. “
” Bagus dye.. Tak takut mengaku salah.. cuba nk bangkit..jgn hina org.. harini hari dye.. hari kita belom tau mcm mana nnti.. “
Nampak kelakar juga Dato’ red ni. Rezeki tidak pernah salah alamat, jika sudah tertulis ia merupakan rezeki buat kita maka dapatlah ia. Semoga segala urusan dipermudahkan buat Dato’ Red dan semoga sentiasa dimurahkan rezeki selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Dato’ red
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Macam ni lah jawapan lelaki gentleman, baru la anak jantan. YB sangat melindungi Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sempat dia selit nyanyi time pakai lipstik tu, kelakar lah baby ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Vibes Uwais ni sangat lah exlusive dan mahal.. ” – Komen Netizen



