Connect with us

Artis / Selebriti

” AllahuAkbar, bila Dato’ Vida cakap iras muka anaknya, auto aku menangis.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Seri Vida menangis ketika Amir Sisi menyanyi di majlis sambutan ulangtahun kelahirannya buat ramai tersentuh. Rupa-rupanya wajah Amir sama dengan wajah arwah anak DS Vida. Sebaknya hati seorang ibu..

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Termoj Production dan Empayar Dato’ Seri Vida, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan sambutan ulangtahun kelahiran Dato’ Seri Vida. Majlis ini disediakan oleh anak-anak DS Vida, Cik B dan Kacak.

Antara yang menarik ketika majlis ini adalah persembahan khas daripada juara The Chosen One musim 1, Amir Sisi. Kehadiran Amir diaturkan oleh Cik B sebagai kejutan untuk mamanya itu. Amir yang sudah 14 tahun usianya mendendangkan lagu singlenya berjudul Ayah Ibu.

Tidak hanya kerana suara Amir yang menusuk ke hati, lirik lagu ini yang berkisarkan pengorbanan ibu bapa juga menyentuh hati. DS Vida kelihatan menangis mendengar nyanyian Amir. Selesai sahaja Amir menyanyi, DS Vida berdiri di sisi Amir dan bercerita kepada tetamu yang hadir mengapa dia bersedih.

Kata DS Vida, melihat Amir seakan melihat arwah anaknya yang meninggalkan kerana kebakaran beberapa tahun yang lalu. Tambah DS Vida lagi, arwah Muhammad Edrie Zikrie sama seperti Amir. Wajah yang sedikit gelap dan innocent, itu persamaan yang DS Vida lihat arwah anaknya dalam diri Amir.

Jom tonton video di bawah :

@termoj.production6

Sambutan Hari Lahir Dato Seri Vida

♬ original sound – Termoj Production – Termoj Production

@quputehtomatohq

Sama rupa dengan arwah anak kedua DSV , Al-Fatihah🥹 #fyp #masukberanda #masukfyp #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandafyp

♬ original sound – EMPAYAR DATO SERI VIDA BORNEO – EMPAYAR DATO SERI VIDA BORNEO

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Awat aku pulak yg nangis rasa mcm aku pulak anak2 dato vida tu.. Auto nangis dengar suara Amir tu. lagu sedih bertambah sedih dibuatnya.. “

” Aduh mata masuk habuk pulak.. faham hati seorang ibu bila tengok susuk seseorang yang sama seperti arwah anak.. rasa hati tu macam disiat-siat.. “

” Tanpa sedar air mata terkeluar sama.. lagu Amir nyanyi pasti jatuh air mata.. semoga dato vida dpt hilangkn kerinduan utk anaknya bila tengok Amir.. Alfatihah.. “

” AllahuAkbar, dsv ckp iras muka anak nya aku nangis terus. perasaan yg paling menakutkan asenye utk seorg ibu bila hilang anak kan. semoga anak2 dsv ditempatkan dikalangan org2 beriman dan beraamal soleh.. “

” Sama mukanya, sedih cik b.. mesti cik b teringat kejadian kebakaran tu sampai abang-abangnya hilang nyawa.. al fatihah buat anak dato’ vida yang telah pergi meninggalkan dunia.. “

” Al fatihah untuk arwah anak-anak dato vida…. tanpa sedar air mata kluar laju ja.. amir pula nyanyi lagu ibu ku, lagi bertambah banjir dsv tu.. “

” Muka sama la dengan anak dato dsv yang meninggal tu.. tgk dsv nangis dengan kita ikut sama nangis.. hati seorang ibu.. lirik lagu tu pulak macam kena dengan hidup dsv.. “

Perasaan sedih Dato’ Seri Vida tidak dapat dibendung lagi apabila air matanya gugur ketika melihat wajah Amir itu. Ada persamaan wajah Amir dan arwah anak DS Vida itu. Semoga arwah bahagia bermain di taman syurga dan buat DS Vida selamat ulangtahun kelahiran.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Termoj Production, TT Empayar Dato’ Seri Vida  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Cantik
Skintific Skincare

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
🏛️ Politik: Politik🎬 Hiburan: Hiburan⚽ Olahraga: OlahragaPendidikan💻 Teknologi: Teknologi🏥 Kesehatan: Kesehatan📰 Berita💰 Ekonomi: Ekonomi
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized