Artis / Selebriti
” Aloloo comel betul Dato’ Siti menyanyi sambil tarik-tarik kain dia. Macam budak kecik, hehe.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza menyanyikan kembali lagu ketika perkahwinannya, Cahaya Cinta semasa meraikan hari lahir suaminya, Dato’ Seri Khalid di tepi pantai. Alahai, comelnya Tokti menyanyi macam tu. Dato’ K pun sweet juga bagi bunga kat Tokti..
Meninjau di akaun TikTok milik nama kick_kapoor8989, telah dikongsikan video yang memaparkan penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza sedang menyanyi sebuah lagu di tepi pantai. Menerusi video itu, kedengaran DS Siti menyanyikan lagu bertajuk Cahaya Cinta.
Lagu tersebut dinyanyikan oleh DS Siti khas sempena hari lahir suaminya, Dato’ Khalid. Kelihatan DS Siti menyanyi dengan penuh perasaan dan selepas itu, Dato’ Khalid telah datang membawa sejambak bunga serta mencium dahi DS Siti. Perkongsian video ini turut menarik perhatian para peminat DS Siti.
Ramai yang meluahkan rasa suka melihat kebahagiaan DS Siti bersama suami tersayang. Komen warganet lagi, lagu Cahaya Cinta ini mengimbau kenangan ketika DS Siti menyanyi di hari perkahwinannya. Bukan itu sahaja, gaya DS Siti menyanyi juga dikatakan sudah seperti seorang puteri.
Difahamkan video ini diambil ketika DS Siti bersama ahli keluarganya yang lain sedang bercuti di sebuah pulau untuk meraikan sambutan hari lahir Dato’ Khalid. Perkongsian video ini memperolehi lebih 6 ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@kick_kapoor8989 Sweetnya siti dan suami..bangun nk cari bunga☺️☺️❤️ #fyp #fypシ #masukberanda @Siti Nurhaliza
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Romantiknya Dato’ Siti dan Dato’ K.. Terima ksh Dato’ K.. Mnjaga dan mmbahagiakn kesayangan kami. Semoga bahagia hingga ke jannah.. “
” Alolooo comeiii brl Dato Siti ni nynyi tarik2 kain dye cm budak kcik.. Cuteeeee sgttttt weyy.. Semoga Dato’ Siti dan Dato’ K kekal bahagia selamanya.. “
” The way dato K look at her soo… Bukan mudah ya suami masih menatap dalam pd isteri setelah bertahun tahun kahwin.. So deep.. “
” Comel Tokti feeling pakai dress pengantin bila nyanyi lagu ni, hehe kita pula tersenyum tengok tau.. Semoga bahagia selamanya.. “
” Santai betul Dato Ct.. Nyanyi sambil goyang pegang baju… Alahhhh omey cangat ni.. Dato Ct nk bahagia mcm ni, mcm2 ujian & dugaan dia tempuh.. “
” Dato’ K nampak muda banyak dari usia sebenar. Ct pun nmpk muda mcm budak habis sekolah.. Sweetnya.. Nampak memang bahagia betul dorang.. “
” Alaaa Dato K sweettt sangattt tenung bini yg dah belas tahun kawen.. Masihh dalam cintaaa nyaa.. Senyum saya tengok video ni tau.. Tumpang happy sangat.. “
Pejam celik, pejam celik sudah 18 tahun lebih pasangan ini mendirikan rumah tangga dan kehidupan mereka diserikan dengan dua cahaya mata yang comel. Apa-apa pun, didoakan semoga hubungan rumahtangga DS Siti dan Dato’ Khalid akan terus kekal bahagia sehingga ke syurga.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok kick_kapoor8989, IG tyaariffinnw
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen