Artis / Selebriti
” Amboi Ayash, bukan main lagi menyanyi sambil gaya genggam mic.. ” – Komen Netizen

Perkongsian Video Anak Bongsu Siti Sarah Raissuddin, Ayash Affan Sedang Menyanyi Mencuit Hati Warganet. Alahai Pandainya Ayash Menyanyi, Siap Buat Gaya Lagi. Comel Sangat Suara Dia !!
Ayash Affan merupakan anak bongsu peninggalan arwah Siti Sarah Raissuddin untuk Shuib Sepahtu. Ayash yang dijaga oleh ibu Shuib membesar dengan sihat dan penuh kasih sayang. Kini Ayash sudah pun berusia 3 tahun dan banyak kerenahnya yang menghiburkan hati seluruh keluarga.
Meninjau perkongsian di akaun Instagram Siti Sarah Raissuddin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ayash ketika sedang bercuti bersama Shuib sekeluarga. Menerusi video ini kelihatan seseorang sedang menyanyi dan Ayash mula turut sama menyanyi.
Dapat dilihat Ayash membuat mimik-mimik muka dan membuat gaya sedang menyanyi. Tidak hanya mimik muka, Ayash juga menggerakkan tubuh dan tangannya digenggam erat seperti sedang memegang microfon. Gelagat comel Ayash itu membuatkan ramai yang geram.
Memetik komen warganet, semakin besar wajah Ayash semakin nampak seiras dengan wajah abangnya, Uwais Al-Qarni dan arwah Siti Sarah. Uwais sememangnya sering dikatakan seperti mewarisi wajah arwah Sarah dan kini Ayash pula dikatakan sama dengan wajah arwah ibu mereka.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aloalo comel ada bakal.. Comel nya ayash.. dah nampak sebijik muka Arwah tu. Kasi la Ayash mic tu.. alaa pandai bijak dia, nak jugak menyanyi.. ”
” Amboi amboi Ayash bukan main lg menyanyi sambil gaya genggam mic.. Alhamdulillah Ada bakat menyanyi.. “
” Ayash penuh feel.. Ayash nyanyi lg sedap.. Ya Allah comel nyeee, nak join jugak yehh Ayashh.. Ayash makin mirip muka ibu, memang bayangan ibu lah ayash ni.. “
” Ayash ada bakat juga tu.. Sedap suara ayash.. Comelnya dia, moga sentiasa sihat ya sayang.. “
” Kecik-kecik dah nampak bakat tu.. comell.. Ala.. Insha Allah ada bakat jadi penyanyi macam Ibu dia. geram pipi dia tu.. “
” Makin besar makin sama dengan muka uwais.. makin iras arwah ibu dia. comel je menyanyi camtu, feel dia lain macam.. “
” Comel sangat, bukan main genggam tangan tu konon ada mic dekat tangan. ni nanti mesti hebat menyanyi macam ibu.. “
Comel sungguh Ayash membuat gaya menyanyi seperti itu. Ayash mula menunjukkan bakat menyanyi, mungkin boleh menjadi penyanyi seperti arwah ibu. Apa-apa pun, Ayash penghibur seluruh keluarga dan semoga Ayash membesar dengan sihat selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sarah Raissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen