Artis / Selebriti
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen

Perkongsian pengurus Fattah Amin, Sakirin Aca mengenai isu pertunangan dan pernikahan Fattah Amira raih perhatian warganet. Lain macam betul keputusan Fattah kali ini, sampai Aca pun berkali-kali tanya kepastian Fattah..
Kegagalan dalam rumahtangga terdahulu menjadi satu pengajaran untuk pelakon, usahawan dan penyanyi, Fattah Amin. Kini Fattah bakal kembali bergelar suami dan hanya berbaki 2 hari sahaja lagi untuk Fattah dan Amira Othman disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Syakilla Dream, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan temubual pihak wartawan bersama pengurus Fattah, Sakirin Aca. Antara soalan yang diajukan kepada Aca adalah mengenai majlis pertunangan Fattah dan Amira.
Ramai yang tertanya-tanya sama ada pasangan FattMira ini bertunang atau tidak kerana tiba-tiba sahaja pengumuman majlis pernikahan dilakukan. Aca mendedahkan Fattah dan Amira tidak bertunang dan segala yang berlaku semuanya adalah takdir yang sudah tersusun indah.
Aca juga ada bertanyakan kepada Fattah tentang percintaannya bersama Amira dan jawapan yang Fattah berikan membuatkan Aca sendiri sebak. Aca orang yang paling rapat dengan Fattah dan sudah berbelas tahun menguruskan Fattah. Pastinya sedikit sebanyak segala pedih dan sedih yang Fattah lalui dirasai oleh Aca.
Jom tonton video di bawah :
@mimpi_syakilla 14.9 Tarikh Pilihan Amira Othman Sebagai Hadiah Istimewa Buat Fattah Amin Credits : MELODI
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kenape ramai kecam FA nk kawin.. yg kesian amira pun kene tempias.. takkan FA tu kena menduda sampai bila bila atau smpai netizen kata dh blh kawin baru kawin kot.. “
” “Siapa yg dtg dlm hidup kita bukan satu bala, tapi ia adalah satu pengajaran utk menjadi manusia yg lebih baik” suka ayat Aca yang ni.. “
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. This time Fattah matang, tidak memilih untuk bercinta, dia minta restu and halalkan kan terus Amira. For me they both are gift toward each other.. “
” Amira wanita bijak, sanggup letgo tarikh birthday dia utk fattah..biasa perempuan nk akad pada birthday perempuan. aku nampak mira ni dia lebih beri ruang untuk Fattah lead semua benda.. bukan dia je nk ke depan.. “
” Aca tahu jatuh naik Fattah sebab tu dia sebak. Dia tahu segalanya yang jadi dalam kehidupan Fattah. Aca paling rapat dengan Fattah.. hormatnya AO kat FA sampai birth date dia fikir untuk nikah.. mmg wife material sungguh.. “
” Bagus PA fattah ne .. sekali pun x pnh buruk2 kan ex Fattah dlu. semua yg baik2 je dr dieorg. tak pernah ada kenyataan dari pihak diorg buruk² kan ex Fattah.. “
” Ok laa FA nak kawin. dah dapat jodoh yg baik sopan santun dah kemah lembut … takkan FA nak minta persetujan netizen. Go Fatah…. semoga kalian berdua.. “
Fattah banyak belajar dari pengalaman yang lepas dan pastinya Fattah sendiri ingin menjadi suami yang lebih baik serta memperbaiki segala kekurangan diri. Sama-sama kita mendoakan kebahagiaan Fattah dan Amira. Semoga ikatan yang bakal terjalin nanti berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Syakilla Dream, IG Amira Othman, IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen