Artis / Selebriti
” Apa Papa, lagu cicak macam tu.. ” – Datin Shahida

Video Datin Shahida meminta Dato’ Aliff Syukri menyanyi lagu viral, Cicak buat ramai terhibur. Macam tu je Dato’ Aliff menyanyi, terdiam Datin Shahida dengar, haha.
Bagi yang mengikuti perkembangan usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri dan isterinya, Datin Shahida, pasti mengetahui yang mereka sering membuat live mempromosikan produk mereka sendiri. Video live pasangan ini juga sangat menghiburkan dan membuatkan yang menonton tak kering gusi ketawa.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok syzhz125, telah dikongsikan video yang memaparkan Dato’ Aliff membuat live bersama Datin Shahida. Menerusi video itu, pasangan ini mempromosi beberapa barangan produk mereka untuk pengikut di TikTok.
Namun begitu, apa yang mencuit hati adalah apabila Datin Shahida meminta Dato’ Aliff menyanyi sebuah lagu viral sekarang bertajuk Cicak . Dato’ Aliff telah menyanyi lagu tersebut dengan gayanya yang tersendiri serta liriknya juga tidak sama seperti lagu asal.
Mendengar nyanyian suaminya itu, Datin Shahida terdiam dan berkata kepada Dato’ Aliff kenapa nyanyian lagu Cicak seperti itu. Bukan itu sahaja, video kedua dan ketiga pula memaparkan Datin Shahida menyakat Dato’ Aliff . Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.
Ramai yang terhibur mendengar nyanyian Dato’ Aliff tersebut. Ada juga memuji kesungguhan Dato’ Aliff dan Datin Shahida mencari rezeki bersama. Sehingga kini, video-video yang dikongsikan ini telah ditonton puluhan ribu tontonan setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@syzhzr125 boleh lah tu 😂 #aliffsyukriterlajaklaris #datinshahidadherbs #lawak #aliffsyukri #datinshahidah
♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto
@syzhzr125 bergaduh guys #aliffsyukri #aliffsyukriterlajaklaris #datinshahidah #datinshahidadherbs #lawak
@syzhzr125 ada sesiapa nak ke? #aliffsyukri #datinshahidah #aliffsyukriterlajaklaris #datinshahidadherbs #terhibur
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan selain itu, mereka juga memuji cara Dato’ Aliff dan Datin Shahida berniaga. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Macam tu je, hahahaa.. Kelakarlh dia org ni tp kn now masing dh matang n bertambah sweet hebatnya Allah aturan mu.. “
” Masa datin bebel tu i dah gelak dulu sebab datin dah bg Sign gurau.. Best sangat tengok live semalam… Dua2 kelakar.. “
” Gado pun lawak berdua ni… Funny dato and datin, love alots.. Suka tengok cara pasangan ni berniaga, semoga terus berjaya.. “
Kelakar sungguh ekspresi wajah Dato’ Aliff ketika menyanyi, kerana wajahnya langsung tiada rasa bersalah menyanyi lagu tersebut dengan lirik yang salah. Bukan itu sahaja, telatah Datin Shahida ketika berlakon mahu bergaduh dengan Dato’ Aliff juga dilihat mencuit hati.
Benar lah apa yang dikatakan oleh warganet, Dato’ Aliff dan Datin Shahida pasangan serasi bersama. Meskipun mereka adakala sering berlainan pendapat, namun sikap mereka yang bersungguh–sungguh dalam berniaga harus diberikan pujian. Maka, tidak hairanlah jika mereka kini sudah bergelar jutawan. Lihat sahajalah cara mereka berkerja, sangat-sangat memberi inspirasi.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok syzhz125
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen