Artis / Selebriti
” Ara ni suara dia sedap dan unik. Semoga akan datang boleh comeback.. ” – Komen Netizen

Video moment Aziz M. Osman dan Ara Aziz umum tarik diri dari program Talk To My Manager mengejutkan ramai. Satu keputusan yang tidak disangkakan..
Semalam, Aziz M. Osman dan anaknya, Ara Aziz telah membuat kejutan kepada semua dengan menarik diri daripada program Talk To My Manager. Setelah empat minggu program ini berlangsung, pasangan dua beranak ini mempunyai sebab tersendiri yang tidak boleh dinyatakan.
Walaupun ramai peminat sudah mula menyukai persembahan Ara yang dianggap berbeza daripada peserta lain, namun keputusan untuk tidak menyertainya tidak boleh disangkal lagi. Mungkin ada sebab yang tidak boleh dielakkan yang membuatkan Ara tidak mampu untuk terus berada dalam program ini.
Pada konsert minggu keempat ini, Ara berada di kedudukan tiga tangga terakhir, namun Ara tidak disingkirkan. Penyingkiran yang sepatutnya berlaku semalam pada Athalia dan Sharifah Zarina kerana mereka berada di kedudukan yang terakhir.
Oleh kerana Aziz dan anaknya, Ara ingin menarik diri dari program tersebut, penyingkiran terhadap Athalia ditarik semula. Perkongsian video ini telah menerima lebih tujuh ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Alaa..saya mula tfok TTMM ni sbb Thalita je mula2..tp start suka dgn Ara sbb comel sgt .. personaliti dia pun bagus. Apapun all the best Ara .. “
” Munkin penat kut..nk sekolah lg esuk..apa pun tahniah…. The adorable Ara just left the big stage. Nonetheless, all the best to her! Thank you for 4 weeks entertaining moments. “
” Ara ni sore dia sedap n unik.ad identiti.. semoga akn dtg bole comeback .xpe study dlu. Mungkin bukan cita cita dia nk jadi penyanyi.. “
” Ambik kata2 tokram , jadi pengacara cilik. terbaik. Aziz just nak bagi dia merasa sikit. whatever it is, pentas ni bukan tempat buat Ara.. “
” Minat adik ara ni alaaaa tgk TTMM ni sebab ada amad ara odda tahlita lepas ni takleh dh tgk persembahan adik ara takpala semoga adik ara berjaya diluar nanti All the best.. “
” She is more than that. Ayahnya pengarah tersohor. Beliau just nak tengok anak dia cuba. Ara ni jiwa international. Musical broadway sesuai utk dia. Fly high Ara.. “
” Alaaa…sy dh mula suka tgk persembahan Ara…klu x silap lg beberapa minggu je kan nk abis…stay lah kejap… Apa2 pun all the best buat Ara… “
Nampaknya semua terpaksa akur dengan keputusan yang diberikan oleh Aziz dan Ara walaupun Ara mula menunjukkan peningkatan dalam persembahannya. Semoga Ara terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen