Artis / Selebriti
” Asyik Kepom je kenakan orang, kali ini dia pula yang kena. Adoilah purba kata Ajai, haha.. ” – Netizen

Video Temubual Elly Mazlein Bersama Ajai Buat Ramai Terhibur. Berdekah Ajai Gelak Sebab Puas Hati Dapat Menyakat Kepom. Macam Tu Je Kak Lina Kena Dengan Ajai. Bertabah Lah Kak Lina, Hehe !!
Sebut sahaja nama Elly Mazlein, pasti ramai yang mengenalinya. Bukan sahaja bergelar seorang penyanyi dan pelakon, Elly juga merupakan penyampai radio dan pengacara. Terbaru, Elly menjadi pengacara dalam rancangan ‘ No Filter ‘ yang mana Elly menemubual selebriti tanah air dalam rancangan tersebut.
Sebelum ini, antara artis jemputan yang ditemubual oleh Elly adalah Rozita Che Wan, Iqram Dinzly dan Sharifah Sakinah. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Astro Gempak telah dikongsikan video yang memaparkan Elly menemubual komposer lagu iaitu Ajai pada kali ini.
Menerusi video itu, Ajai berkongsi pengalaman ketika awal kariernya bergelar seorang penyanyi. Akui Ajai, dia mula merekod lagu pada tahun 1988 dan ketika itu usianya baru belasan tahun. Namun, apa yang mencuit hati adalah Ajai sempat menyakat Elly.
Elly berkata pada tahun 1988 itu, dia baru berusia 8 tahun dan Elly memuji Ajai masih kelihatan muda meskipun sudah berusia. Ajai mengatakan kepada Elly kembali ‘maknanya Elly sudah purba’ . Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur selepas menonton video temubual Elly bersama Ajai dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Asyik Kepom je kenakan orang, kali ini dia pula yang kena. Adoilah purba kata Ajai, haha.. Seronok tengok Ajai dan Kepom kalau berborak.. “
” Purbakan, kita lock ayat ni, hahahahaha.. Nasib cool sporting je Kak Lina kita.. Kelakar betul Kak Lina ni, hehe.. “
” Kelakar tengok Ajai ketawa, nampak puas hati betul dapat kenakan Kepom.. Apa2 pun Kepom memang no syatuuu walaupun purba, hehe.. “
” Hahhahahahhaa masa tu 8 tahun abang.. You pun jujur Kak kepom dah kenapa.. Saya Tingkatan 2 masa Tahun 1988 tu Abg Ajai.. “
” 88 aku baru ambil UPSR, hahaha.. Fuhh maintain muda lagi sebenarnya Ajai ni yer.. Dah lama rupanya dia dalam industri seni.. “
” Kepom kalau dengan Ajai memang tak pernah tak kelakar.. Tahun 1988 aku baru setahun .. Baru nak try jalan2 jatuh, hahaha.. “
” Macam best pula rancangan Kepom kali ni.. Hahaaaa kakak Purba pun bole lahhh… Apa maksud abggggg, lawak2.. “
Boleh tahan kelakar juga Ajai ni rupanya. Mengekek Ajai ketawa puas hati dapat menyakat Elly. Selain itu, Ajai juga berkongsi cerita yang dia pernah menghalau penyanyi Misha Omar balik gara-gara Misha tidak mengingati lirik lagu. Lihat lah Misha sekarang, antara penyanyi berjaya di bawah bimbingan komposer hebat seperti Ajai.
Silakan SHARE..
Sumber : IG astrogempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen