Artis / Selebriti
” Awhhhhh muka Sefhia sebiji Papa. Hidung Papa dengan Sefhia sama.. ” – Netizen

Muatnaik Gambar Keluarga Sempena Anniversary Yang Pertama, Wajah Anak Elly Mazlein, Putri Sara Sefhia Raih Perhatian Ramai. Wah Bukan Senang Kak Lina Nak Kongsi Gambar Sefhia. Comelnya Sefhia, Seiras Sangat Dengan Muka Cikgu Azlan !!
Siapa sahaja yang tidak mengenali selebriti Malaysia Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom. Seorang yang sentiasa ceria dan selalu berkongsi keletah yang menghiburkan. Kini, Kak Lina terlihat sangat bahagia bersama suami dan anaknya iaitu Cikgu Azlan dan Putri Sara Sefhia.
Terbaru meninjau di ruangan Instagram Kak Lina, Kak Lina telah berkongsi gambar yang diambil sekitar majlis merisik bersama cinta hatinya. Sekejap masa berlalu, kini usia perkahwinan Kak Lina telah mencapai 1 tahun. Pastinya sepanjang perkahwinan banyak kenangan yang bermakna dilalui bersama.
Umum mengetahui, suami Kak Lina merupakan seorang guru. Sejak berkahwin, ramai yang suka melihat aksi dan keletah Kak Lina dan keluarga. Malah, keakraban hubungan Cikgu Azlan dan bapa Kak Lina serta Sefhia juga dipuji oleh peminat-peminatnya.
Walaupun hanya sekadar gambar yang menjadi perkongsian sempena ulang tahun perkahwinan, Kak Lina pastinya mengharapkan yang baik-baik dalam perkahwinannya. Tulisnya, doa dan harapan dalam perkahwinannya biarlah menjadi kerahsian dan perkongsian antara mereka berdua sahaja.
Jom ikuti perkongsian gambar di bawah :
Perkongsian Kak Lina ini telah meraih banyak tanda suka. Selain ramai yang memuji muka Sefhia turut iras muka suaminya, ada juga yang mendoakan yang baik-baik untuk Kak Lina dan suami. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :
” Awhhhhh muka sephia sebiji papa. happy anniversary akak. Semoga bahagia selalu.. Cantiknya anak.. muka anak n ppa seiras la.. “
” Happy Anniverysary. Sekejapnya dh setahun.. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Aamiin. Hidung papa dgn sephia sama.. ”
” Happy anniversary KLPP. Semoga berkekalan sehingga ke Jannah. Comel si tecik tu.. Tgk muka anak tros anak tu muka papa awan nano.. “
” Happy Anniversary.. Alhamdulillah, semoga kekal hingga ke Jannah. Mcm muka husband ank kak lina. 3 beranak mukanya seiras.. ”
” Alhamdulilalh.. semoga berkekalan hingga tua, hingga akhir hay4t bersama.. aamiin.. congrats kaklina and family.. “
” Semoga kekal bhgia hingga jannah.. dan semoga Allah memberkati dan merdhai perkahwinan akk serta suami.. lov u akk.. “
” Awhhh happy anniversary kak Lina dan cg Azlan. Semoga kekal hingga ke Jannah.. Alhamdulillah… Helokkkk sungguh familymu.. “
Kak Lina pastinya bahagia dan bersyukur dikurniakan seorang suami yang sangat penyayang. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan kepada Kak Lina dan Cikgu Azlan dan mendoakan semoga ikatan perkahwinan kalian sentiasa bahagia dan berkekalan hingga ke Jannah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen