Artis / Selebriti
” Baby dengar tak berkelip mata. Macam ni la kot Ernie masa kecil dulu.. ” – Netizen

Video Gelagat Seorang Bayi Perempuan Berjumpa Dan Mendengar Live Anuar Zain Menyanyi Raih Perhatian Warganet. Alahai Sampai Tercengang Tengok Uncle Anuar Ye. Syok Sangat Tu Dik !!
Meninjau akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video dari akaun Tikt0k syaqirramni yang memaparkan gelagat seorang bayi perempuan ketika mendengar nyanyian daripada Anuar Zain.
Berada di sebuah restoran, bayi comel ini duduk di sebelah Anuar Zain. Mendendangkan lagu popular berjudul Lelaki Ini, nyanyian Anuar memang tidak dinafikan merdu dan punya auranya tersendiri yang membuatkan semua boleh terpaku mendengarnya.
Lihat sahaja ekspresi bayi ini, sampai tidak berkelip matanya melihat Anuar Zain. Punyalah syok melayan nyanyian live uncle Anuar ye dik. Bayi sekecil ini pun boleh terpesona mendengar suara Anuar apatah lagi orang dewasa.
Untung si kecil dan semua yang berada di situ, dapat menonton free show di depan mata. Setelah selesai menyanyi, Anuar menguc0p dahi si kecil. Ad0hai penyayang sungguh lah bang Nuar ni. Apabila sudah besar, boleh lah si kecil ini menonton balif video ini, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telahpun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ini baru betul penyanyi no 1 lelaki Malaysia. Syahdu .. Macam mana dia jaga suara ye. Tak berubah langsung, suara tetap best.. “
” Terpegun kejap, dik bangun dik haha. Bila penyanyi dah depan mata, terpaku terus haha.. “
” Untunglah kecik kecil dah dapat pergi concert anuar zain. Free pulak tu hehe. Video ni berharga sangat nanti bila dia besar.. “
” Macam ni la kot Ernie Zakri masa kecil kecil dulu.. Kalau saya pun menung dekat situ.. suara power.. “
” That baby is literally my reaction now hehe. Masalahnya tiket konsert Anuar Zain selalu tak dapat beli. baby ni untung seat paling dekat.. “
” Terpegun betul baby dengar Anuar Zain menyanyi. Kalau akak jadi awak adik baby, akak pun termenung gitu haha. sedap sangat.. “
” Untunglah ko dik, tiket free duduk depan sekali pulak tu. Khusyuk baby dengar sampai melopong, tak berkelip mata tu hehe.. “
Menyanyi sambil berpel0k tubuh macam tu pun suara tinggi dan power lah Anuar Zain ni. Pastinya video ini akan menjadi kenangan paling manis untuk bayi comel ini apabila besar nanti. Lagi untung dapat k1ss daripada uncle Anuar lagi.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Astro Gempak, Tiktok Syaqirramni
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen