Artis / Selebriti
” Bagus lah sanggup melayan karenah mak, tak semua orang buat macam ni.. ” – Komen Netizen

Video Nubhan Ahamad Melayan Kerenah Ibunya, Mak Jenny Di Atas Kapal Terbang Raih Pujian Ramai. Patut Lah Rezeki Nubhan Murah, Tengok Lah Cara Dia Menyantuni Ibunya. Respect Lah Kat Nubhan !!
Pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia 6, Nubhan Ahamad dilihat tidak begitu aktif lagi dalam bidang seni. Pemuda yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini kini sedang giat mengusahakan perniagaan berasaskan makanan bersama ibunya, Mak Jenny.
Menerusi akaun Instagram, Nubhan juga suka berkongsi video bersama Mak Jenny dan telatah Nubhan yang suka menyakat Mak Jenny membuat ramai terhibur. Terbaru, Nubhan ada memuatnaik video yang memaparkan dirinya bersama Mak Jenny sedang berada di atas sebuah kapal terbang.
Difahamkan video ini adalah perjalanan percutian Nubhan dan Mak Jenny ke Turki. Perkongsian video sekali lagi menarik perhatian warganet kerana suka melihat cara layanan Nubhan terhadap Mak Jenny dari mula sehingga habis video tersebut.
Kelihatan Nubhan melayan setiap kerenah Mak Jenny dengan penuh lembut dan ramai yang memuji sikap Nubhan yang dikatakan seorang anak yang baik kerana sabar melayan ibunya. Sehingga kini, video Nubhan itu menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Bagus lah sanggup melayan karenah mak, tak semua orang buat macam ni.. Moga Nubhan menjadi anak yang soleh, insyaallah.. “
” Untung Mak Jjenny ado anak cam nubhan. Moga Allah membuka pintu rezeki mu seluas2nya kerana melayan Mak Jenny dgn sabar n kasih sayang. Alhamdullillah.. “
” Ala rindu nye arwah mak.. Jaga lah mak Nubhan sampai ke akhirnya.. Moga Allah beri ganjaran syurga buat kamu Nubhan.. “
” Part berkoroh tu tak leh tahan, kelakar.. Suka betul tengok dua beranak ni.. Nubhan memang anak yang baik.. Alhamdulillah.. “
” Bertuah mak jenny dpt layanan dr ank soleh, ape pun Mak Jenny memang comey.. Berangan den kalau dah tuo dpt ank den buek camtu.. “
” Cam layan kanak2 balik. Dulu mak layan anak camtu,ni anak pulak. comelnya. Semoga semua pintu2 rezeki Nubhan terbuka sebab menjaga ibunya dengan baik dan sabar.. “
” Sebak kami tengok ni Nubhan. Moga Allah kurniakan syurga tertinggi utk korang sekeluarga. Atas layanan buat ibu. MashaAllah inspirasi.. “
Melayan kerenah orang tua ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Semoga Nubhan menjadi anak yang baik dan terus berbakti dengan ibunya kerana syurga seorang anak adalah di bawah tapak kaki ibu. Teruskan berkongsi video mengenai Mak Jenny kerana Mak Jenny juga mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Silakan SHARE..
Sumber : IG nubhan.ahamad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen