Artis / Selebriti
” Bagusnya ada kerja pun tetap masakkan untuk anak dan menantu.. ” – Komen Netizen

Video Sheila Rusly memasak untuk anak dan menantunya berbuka di rumah terima pujian ramai. Wah, sibuk selepas sh00ting pun sempat lagi masak hidangan yang menyelerakan. Bertuah anak dan menantu sis..
Meninjau ke akaun Instagram Sheila Rusly, perkongsian sebuah video yang memaparkan Sheila Rusly sedang memasak juadah berbuka puasa untuk anaknya, Luth Mikhail dan menantunya, Beatrice Chitra telah meraih perhatian ramai.
Anak dan menantunya itu datang ke rumahnya untuk berbuka puasa bersama-sama. Walaupun sebelum itu Sheila sedang sibuk dengan sesi penggambaran drama berjudul Anak Mak, Sheila tetap sempat meluangkan masa untuk memasak juadah istimewa.
Seperti selalu, apa sahaja juadah masakan Sheila tidak pernah tidak menyelerakan. Bukan sahaja nampak sedap, malah cara hidangan juga turut menarik perhatian. Kadangkala juadah Sheila kelihatan seperti hidangan di hotel lima bintang.
–
Perkongsian video ini telah menerima lebih empat ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sangat beruntung buat menantu-menantu Sheila kerana mempunyai ibu mertua yang baik seperti ibu kandung sendiri.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap Sheila dalam melayan anak dan menantu. Antara komen-komen yang diberikan :
” Untungnya anak menantu alhamdulillah.. Akak Shila dh x nk bt KETUK KETUK RAMADHAN ke.. Kami rindu dengan program ni.. “
” Bagus nya ada kerja pun tetp masakan anak menantu. Bukan anak menantu taktahu masak cuma airtangan yang akan diingati bila kita takde tu penting.. “
” Alhamdulillah kita pun nak ikut contoh ni bila ada menantu nanti. Hehe inshallah now kita masak utk suami anak je dulu.. “
” Sis msk apa pun nmpk menyelerakan .. selamat berbuka kak sheila.. Tak penat ke tu SR…. Senyum jer slmt berbuka sis.. “
” Da bukak mata…nasib tak kena ketip. Ketam oh ketam.. THE BEST MOM AND MOM IN LAW.. kalau gini lah yang terhidang atas meja nak mkn pun syg.. “
” Selamat berbuka sis.kami rindu ketuk ketuk Ramadhan Alhamdulillah . adoiii..terbau sampai.kat sini..sedapnya laaaa..chef sheila dihatiku selalu.. “
” Sis nak tanyo, piuk boli Mano? Love tgok ek.. sis ji shooting drama apa ni sheilarusly_jspictures btw salam ramadan dari sya sis.. “
Kita yang melihat dalam video ini sahaja sudah cukup menyelerakan. Pastinya cukup sedap air tangan Sheila buat anak dan menantunya. Semoga hubungan kekeluargaan Sheila bersama anak dan menantunya berkekalan sehingga ke syurga. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sheila Rusly
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen