Connect with us

Artis / Selebriti

” Bagusnya Bilal, sebutan pun bukan biasa-biasa. Kecil kecil lagi makhraj dah jelas.. ” – Komen Netizen

Video throwback anak sulung Neelofa, Muhammad Bilal sudah lancar membaca doa harian ketika berumur setahun lebih raih pujian ramai. Wah kagum dengar bacaan Bilal..

Baru-baru ini, anak sulung Neelofa dan Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal telah pun secara rasminya berkolaborasi bersama Mommy Hana untuk keluaran My First Book x Bilal Neelofa. Ianya adalah produk pertama yang menampilkan Bilal sebagai duta k ecilnya.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Seorangnur, telah diulangsiar satu video throwback daripada Neelofa yangmemaparkan Bilal beberapa tahun yang lalu. Tertulis pada paparan video tersebut, kapsyen Neelofa yang memberitahu video itu dirakamkan pada tahun 2023.

Bilal yang sedang makan asyik menekan-nekan dan mendengar bacaan doa dari My First Book miliknya. Pada usia setahun lebih, Bilal sudah mampu mengikut dan menghafal doa-doa harian. Bacaan Bilal mengagumkan warganet kerana ianya diiringi dengan makhraj yang betul.

Cara Neelofa memupuk semangat untuk Bilal rajin belajar perkara asas dalam agama ini meraih pujian daripada warganet. Malah Bilal juga diajar untuk mendengar bacaan surah lazim untuk membiasakan dirinya dengan bacaan kitab suci Al-Quran.

Jom tonton video di bawah :

@seorangnur

MasyaAllah Abang Bilal ❤️😍 Tengok macam ni pun happy 👦🏻 #neelofa #harisismail #love #bilal

♬ alhamdulillah wasyukurillah – ✨MAYABJ✨

Sehingga kini, perkongsian ini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Bagus Neelofa sejak anak mereka kecil lagi dedahkan mereka dengan buku2 dan ayat alquran. HP banyak keburukan untuk kanak2.. “

” Salam mashaAllah comelnya Bilal. Kecik2 dah hafal byk doa ya alhamdulillah.. Masya Allah, bijaknya Abang Bilal.. “

” Thank you .. Neelofa & family .. Teruskan kongsi pengalaman Neelofa & Harris membesar anak2 mengikut syari’at Islam.. “

” Suka cara lofa membsrkn anak²nya.. anak-anak kecik mudah ikut apa yang kita ajar.. Terbaiiikkk la lofa.. “

” MasyaAllah pandainya Bilal sayang. Bagusnya bilal… sebutan pun bukan biasa2.. Semoga sentiasa sihat selalu ya.. “

” Masya Allah pandainya Bilal, comel je suara dia tu. Allahu bijak anak, pandai mak mendidik. sebutan bilal jelas .. terbaik, ilmu agama lah yg menyelamatkn ank2 kita, insyAllah.. “

” Pandainya Bilal ni.. kecil kecil lagi makhraj dah jelas. sebutan dia tu, sedap dengar.. macam anak orang arab sebutan dia.. bagusnya seorang neelofa mendidik anaknya cintakan agama.. “

Pepatah ada mengatakan, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Hasil usaha Neelofa membiasakan Bilal dengan bacaan surah dan doa membuahkan hasil. Bilal kini sudah mampu membaca surah-surah ringkas dan lebih hebat sebutan dan bacaannya jelas.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok seorangnur, IG Neelofa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Biskut Durian Viral
Handbag Daisy by Aliff Syukri

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
⚽ Olahraga: Olahraga💰 Ekonomi: Ekonomi🏛️ Politik: Politik💻 Teknologi: TeknologiPendidikan🏥 Kesehatan: Kesehatan📰 Berita🎬 Hiburan: Hiburan
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized