Artis / Selebriti
” Baru nak feel sweet ayah Falah dukung, aihh melatah pulak. Tergelak saya bang.. ” – Komen Netizen

Video Zahiril Adzim melatah ketika mendukung baby Noad di set penggambaran Andai Tiada Dia buat warganet terhibur. Adoi lah, baby Noah cuit sikit macam tu je pun terus Zahiril melatah dibuatnya. Dengan baby Noah pun jadi, lawak lah Zahiril ni, haha..
Drama adaptasi novel, Andai Tiada Dia menjadi satu fenomena baru dan antara drama yang menjadi kegemaran ramai sekarang. Lakonan hebat Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Zahiril Adzim dan Mimi Lana ini mengusik pelbagai emosi dan rasa penonton drama rantaian ini.
Meninjau entry di akaun Tiktok Whadeep, telah dikongsikan suasana ketika penggambaran drama ini sedang dijalankan. Zahiril yang memegang watak Falah kelihatan sedang mendukung si comel Noah yang memegang watak baby Lokman dalam drama tersebut.
Set penggambaran di tepi pantai memang menenangkan dengan deruan ombak. Baby Noah pula seronok terlentuk di atas bahu Zahiril. Dapat dilihat Zahiril menghalakan kipas ke arah baby Noah supaya baby Noah tidak kepanasan. Mungkin cuaca dan angin pantai agak panas pada ketika itu.
Zahiril sememangnya seorang yang kuat melatah dan kali ini latahnya terkeluar lagi. Baby Noah hanya membetulkan kepalanya dan melentok kembali ke bahu Zahiril, terus Zahiril melatah. Kalakar melihat cara Zahiril melatah, nasib latahnya cuma sedikit dan tidak panjang.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@whadeep Andai Tiada Dia. #behindthescenes #dramaviral #melatah
♬ Relaxed Beach – Relaxing Radiance & Tropical Chill Music Land & Calm Beach Music
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Tengah syok-syok tengok baby noah healing.. boleh pulak ayah falah melatah haha.. nak tergelak tengok haha.. “
” Baru nak feel sweet ayah falah dukung.. aihh melatah pulak.. tergelak saya bang.. nasib latah je, nasib tak dicampak nya baby lokman haha.. “
” Alahai kuat betul melatah Zahiril ni.. comel pulak tu melatah macam tu. pandai baby lokman usik ayah Falah.. “
” Sempat lagi Zahiril melatah ye, hehe. ramai ayah angkat dgn ibu angkat noah ye.. artis plak tu semuanya.. “
” Mana mana je dia ni melatah haha.. Noah jangan gerak nanti ayah Falah tu melatah lagi.. ayah falahnya melatah dengan lukman.. “
” Ayah pun melatahnya haha.. aku tak boleh la terketawa tengok. baby pun pandai usik ayah Falah haha.. “
” Hahaha noah nak betulkan kepala je boleh pulak dia melatah sekali hahahha.. ayah falahnya kuat melatah.. “
Baby Noah usik sikit je terus menjadi latah Zahiril. Tentu meriah set penggambaran dengan perangai melatah Zahiril itu. Apa-apa pun, semoga Zahiril terus maju jaya dalam karier lakonannya dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Whadeep
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen