Artis / Selebriti
” Baru umur 11 tahun dah belajar subjek biologi, power lah Bella.. ” – Netizen

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Video Anak Sulungnya, Bella Sedang Study Subjek Biolagi Sebagai Persedian Untuk UKM Genius Permata Pintar Buat Ramai Yang Kagum. Wow Hebat Lah Bella, Memang Level Budak Genius Ni !!
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sering berkongsi perkembangan anak-anaknya kepada umum. Malah dalam masa yang sama, Dr Sheikh Muszaphar juga suka berkongsi ilmu buat ibu bapa di luar sana.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Dr Sheikh Muszaphar telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan anak sulungnya, Bella sedang mengulangkaji pelajaran subjek biologi. Di ruangan kapsyen, Dr Sheikh Muszaphar telah memaklumkan yang Bella kini dalam persiapan mengikuti pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk program Genius Permata Pintar (PPCS).
Difahamkan Bella telah lulus peperiksaan bagi semester UKM 1 dan UKM 2 sebelum ini. Perkongsian oleh Dr Sheikh Muszaphar tersebut sekali lagi telah menarik perhatian warganet. Ramai yang kagum dengan kepandaian Bellla.
Hal ini kerana, Bella baru berusia 11 tahun dan masih bersekolah rendah namun tahap penguasaannya mempelajari subjek Biolagi dilihat begitu cerdas. Sehingga kini video tersebut telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain kagum dengan Bella, ramai yang mendoakan agar Bella akan berjaya di masa hadapan. Antara komen-komen menarik adalah :
” Semoga segala urusan bella dipermudahkan dan diberi kelancaran dalam ujian nanti. All the best Bella.. “
” Baru umur 11 tahun dah belajar subjek biologi, power lah Bella. Good luck Bella untuk ujian seterusnya, tumpang happy dengan kejayaan Bella.. “
” All the best Bella for the final phase. Those subjects are much fun to learn. You can do this. May Allah ease every single things you do. In Shaa Allah.. “
” MashaALLAH, anak hebat Bella. Semoga dipermudahkan segala urusan, mesti happy Doc kan dapat tengok anak2 semuanya bijak2.. “
” Wah alhamdulillah, awal2 lg Bella dh dideda4hkan dgn ilmu bio / phisic / add math. Masya’Allah moga berjaya dunia akh1rat.. “
” Sangat inspirasi, memang berbaloi lah anak-anak pandai, sbb atas usaha ibu bapa yang rajin usaha untk anak berjaya dan ini hasilnya, tahniah Bella.. “
” Woww bijaknya Bella, memang otak genius ni. Tahniah Bella, semoga next exam Bella akan pass dengan jayanya.. “
” Hebat anak dr, dah la cantik, pandai pula tu. Semoga Bella akan terus melakar kejayaan dan menjadi contah yang terbaik buat adik2nya.. “
Boleh dikatakan semua yang dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar sangat memberikan inspirasi buat ibu bapa sana untuk memberikan yang terbaik dalam pendidikan anak-anak. Apa-apa pun semoga Bella terus maju jaya dan menjadi anak yang sentiasa membanggakan kedua orang tuanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG drsheikhmuszaphar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen