Artis / Selebriti
” Berdekah tengok yang belakang tu terbongkok-bongkok tahan gelak sambil menyapu, haha.. ” – Komen Netizen

Video Dahlia Rizal sedang menyanyi buat ramai terhibur. Gelagat ahli keluarga yang lain di belakang Dahlia mencuit hati ramai. Alamak, tak cover langsung, hehe..
Pempengaruh media sosial yang juga isteri kepada penyampai radio Imran Aqil, Dahlia Rizal memang popular di sosial media. Dahlia memiliki kecantikan yang diidamkan oleh ramai wanita. Dahlia juga aktif dalam bidang peragaan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Dahlia Rizal, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dahlia sedang menyanyi untuk semua followers. Sayang seribu kali sayang, Dahlia tidak dikurniakan suara yang merdu dan nyanyiannya ini menggeletek hati warganet.
Turut sama kelihatan dalam video ini adalah ahli keluarga Dahlia yang lain. Bukan hanya warganet yang terhibur mendengar suara Dahlia, adik iparnya sendiri pun menahan ketawanya ketika mendengar karaoke percuma daripada Dahlia itu.
Pada ruangan kapsyennya, Dahlia memberitahu suaranya tidak sihat dan mungkin itu yang mengakibatkan suaranya jadi seperti itu. Ramai yang menyakat suara Dahlia itu dan semua juga memahami Dahlia bukan lah seorang penyanyi. Ada juga yang mengusik Dahlia mengaitkannya sebagai best friend Fazura.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@indomie.d Suara tak sihat sgt sbb tak makan lagi 😅
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 33 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kenapa bunyi vacuum tu slow sangat haha.. Aku berdekah tengok yang belakang tu terbongkok-bongkok tahan gelak sambil nyapu haha.. “
” Weh macam mana dia tak segan dekat belah mertua haha.. ni memang ngam betul dengan mertua.. “
” Suara Dahlia Rizal bila dihilangkan muzik haha.. muzik tak hilang pun dah dekah. bukan takat muzik hilang tapi hilang anak tekaknya haha.. “
” Bila on vacuum tu baru sedap sikit suara awak.. harmony sangat.. part ni je yang aku takut kalau orang cakap sama ngan dahlia.. “
” Bff fazura ke ni. takpa dahlia. tggu sihat baru nyanyi ok.. nak baca comment, kena pause dulu. kalau tak, tak boleh nak focus.. “
” Rasa tenang bila dah habis haha.. i kena pause dulu sebab nak baca komen pun hilang fokus.. btw terimakasih vacuum sebab iringi nyanyian ni.. “
” Mas idayu taknak comment ke pasal dahlia nyanyi, teringin nak tahu pendapat dia tentang nyanyian dahlia.. “
Nyanyian yang sungguh ‘ menghiburkan’ dan membuatkan ramai yang hilang fokus. Dahlia memang sempoi dan berkeyakinan tinggi. Percubaan yang baik daripada Dahlia untuk menceriakan semua. Apa-apa pun, ini hanya lah hiburan semata-mata dan semoga semua pembaca juga turut terhibur.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Dahlia Rizal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen