Artis / Selebriti
” Besar dah anak dar4, cepat sangat.. ” – Netizen

Anita Baharom Kongsi Video Koleksi Gambar Anak Perempuannya, Syifa Dhia Nurina Sempena Ulangtahun Ke 14. Alahai Dah Besar Dan Makin Manis Syifa, Cantik Macam Mommy !!
Meninjau akaun Instagram Anita Baharom, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gambar anak perempuannya, Syifa Dhia Nurina sejak bayi sehingga kini. Syifa yang kini sudahpun berusia 14 tahun membesar menjadi anak gadis yang sopan seperti ibunya.
Anita turut menulis di kapsyennya ucapan istimewa untuk Syifa. Menyifatkan Syifa adalah kurniaan Allah paling sempurna untuk dirinya sekeluarga. Syifa seorang anak yang solehah dan kakak yang baik untuk adik-adiknya. Anita turut bercerita sikap Syifa yang sentiasa membawa Al-Quran di sisi ke mana sahaja Syifa pergi.
Harapan Anita agar permata hatinya ini akan sentiasa menjaga akhlak dan adabnya sentiasa. Melihat wajah Syifa, tidak banyak yang berubah dari zaman kanak-kanaknya. Syifa juga pernah menjayakan drama Keluarga Iskandar beberapa tahun lalu di mana Anita turut sama berlakon dalam siri itu.
Dalam video ini turut ditunjukkan Syifa memperdengarkan hafazannya dan nyata anak gadis ini fasih dan kuat daya ingatannya. Gambar Syifa bersama keluarga menyambut ulangtahun kelahirannya ini juga ada dalam video ini. Akrab dan mesra sungguh Anita sekeluarga ini.
Jom tonton video di bawah :
Cepat masa berlalu sudah melangkah ke alam remaja anak dar4 Anita ini. Wajahnya yang cantik ini juga menjadi tarikan peminat. Antara komen-komen mereka :
” Ni yang berlakon dengan Anita cerita keluarga Iskandar kan. Dah besar dah, lawa macam mama jugak. semoga panjang umur dan menjadi anak solehah aameen Ya Allah.. “
” Happy birthday anak solehah, cantik macam mommy dia. lama tak tgk dia belakon kat KI jek. manis orgnya.. “
” Happy Birthday to ur beloved daughter. Minat tgok gelagat dhia dlm keluarga iskandar. semoga di beri kesihatan berpanjangan aminn.. “
” Happy birthday adik syifa dhia Nur. Semoga Di Panjangkan Umur Dengan Segala Kebaikan Dan Di Murahkan Rezeki Dengan Segala Keberkatan.. “
” Happy birthday princess. moga terus menjadi yg solehah ye sayang. Besar dah anak dar4, cepat sangat. Semoga sentiasa membahagiakan your parents.. “
” Happy birthday.. makin besar makin cntik.. dlu slalu tgok dhia dlam kluarge iskandar.. moge jadi anak yg solehah dunia akhirat.. “
” Besar dah, Masa kenal u anita baharom , Syifa baru 3-5 tahun.. now she’s a big girl. Happy Birthday Girl. Be happy always.. “
Alahai cantik penampilan dan wajah Syifa apabila sudah besar ini. Anita juga tetap cantik seperti dulu, mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi, iye tak. Apa pun, selamat ulangtahun kelahiran buat Syifa Dhia Nurina. Semoga bertambah usia semakin dimurahkan rezeki dan dimakbulkan segala impian Syifa.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Anita Baharom, IG Syifa Dhia Nur
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen