Artis / Selebriti
” Best Ami bawak versi ni. Rasa emosi mendalam, auto sedih.. ” – Komen Netizen

Adira Suhaimi Kongsi Video Cover Lagu Biarlah Rahsia Buat Ramai Tersentuh. Sedapnya Adira Bawa Lagu Ni, Sampai Ada Yang Lupa Ini Lagu Tokti. Penuh Penghayatan, Menusuk Sampai Ke Hati, Macam Berat Sungguh Rahsia Yang Adira Pendam !!
Adira Suhaimi antara penyanyi wanita yang mempunyai pesona dan aura tersendiri. Suaranya sedap didengari dan lagunya sering dijadikan OST drama atau filem. Selain menyanyi lagu sendiri, Adira juga banyak membuat cover untuk lagu teman artis lain.
Meninjau entry di akaun Instagram Adira Suhaimi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Adira cover lagu dendangan asal penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza berjudul Biarlah Rahsia. Lagu ini sememangnya mempunyai lirik yang mendalam maksudnya.
Mendengar sahaja suara Adira, ramai yang terpegun dengan kelunakan suara Adira itu. Cara Adira menyanyi lagu ini jauh berbeza dengan nyanyian DS Siti. Penghayatan yang diberikan oleh Adira seakan menggambarkan perjalanan hidupnya yang penuh dengan liku dan cubaan.
Ramai di kalangan warganet tersentuh hati mendengar nyanyian oleh Adira itu. Tidak kurang juga yang memberikan Adira kata-kata semangat agar Adira terus berjalan ke hadapan dengan semangat baru dan menjadi lebih kuat dari dirinya sebelum ini. Ramai yang sayangkan Adira.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Best ami bawak versi ni. Rasa emosi mendalam. Berat lagunni tuan badan je feel dia terasa.. ”
” Btol amie…. x smue org faham akan ape yg berlaku dlm kehidupan kite…. pendam dan kite cri jalan penyelesaian sndiri.. bukan ikot ckp org dan x perlu fikir akan org lain… just our self.. ”
” Wow… sebelum ni saya tak pernah dgr sampai habis lagu ni… tahniah sbb mmg sedap Ami nyanyi cara Ami.. ”
” Tok ti ctdk dengar la ami bawa lagu nie sedap babas.. Sedap cara ami sndri… dh lupa siapa penyanyi asal.. ”
” Lain betul dengar lagu ni bila Ami yang nyanyi. feeling tu lain. ingat mula-mula lagu baru Ami.. best sangat Ami.. mendalam macam perasaan Ami je lagu ni.. ”
” Napa aku rasa sebak dekat dada dengar amin cover lagu ni, terasa seolah masalah aku yg pendam seorang diri semuanya hanya rahsia.. ”
” Auto sedih dengar versi Ami.. goosebumps sangat.. versi tersendiri.. menusuk rasanya ke hati.. langsung tak perasan ni lagu tokti.. ”
Lain sungguh apabila lagu Biar lah Rahsia ini dinyanyikan oleh Adira. Rasa ‘sakitnya’ itu lebih mendalam dan menusuk ke hati warganet. Sememangnya suara Adira ini boleh menjadi halwa telinga yang menenangkan. Semoga Adira terus kuat mengharungi kehidupan mendatang dan berbahagia selalu bersama insan tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Adira Suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen