Artis / Selebriti
” Best dengar versi ni, cute telatah Rossa dan Hael atas pentas, hehe.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Seri Rossa berduet bersama Hael Husaini menyanyi lagu Meriah Lain Macam di Konsert Rossa Here I Am memukau para penonton. Wah sedap lah dengar versi Rossa ni, comel sangat..
Penyanyi terkenal Indonesia, Dato’ Seri Rossa telah mengadakan sebuah konsert yang dinamakan sebagai konsert Rossa Here I Am semalam. Konsert tersebut telah berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil dan telah dihadiri oleh beberapa selebriti Malaysia dan juga beribu penonton.
Menerusi perkongsian video di akaun TikTok milik chewchew77 dan Instagram milik xtra_my, telah dikongsikan video yang memaparkan DS Rossa sedang membuat persembahan bersama penyanyi tanah air iaitu Hael Husaini. Menerusi video itu, DS Rossa meminta untuk berduet bersama Hael menyanyikan lagu raya bertajuk Meriah Lain Macam.
Kata DS Rossa, dia sangat menyukai lagu dendangan Hael dan Nadeera Zaini serta mahu menyanyikannya bersama Hael. Persembahan gandingan Rossa dan Hael ini juga telah berjaya memukau dan mendapat sorakan para penonton yang hadir.
Ada peminat mengatakan lagu Meriah Lain Macam versi Rossa dan Hael ini didengar sangat menarik kerana liriknya. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 33 ribu tontonan serta menerima ratusan tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tonton video-video di bawah ini :
@chewchew777 Meriah lain macam . Rossa request lagu Raya Hael. Bak kata Hael, tak penah dibuek orang nyanyi lagu raya masa konsert 🤣😆. Tapi comelllll 😍😍🥰 #haelhusaini #meriahlainmacam #meriahlainmacamraya2025 #rossahereiamconcert #Rossahereiam #axiataarenabukitjalil #Rossa
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa suka selepas menonton video duet Hael dan Rossa ini. Antara komen tersebut adalah :
” Best dengar versi ni, cute telatah Rossa dan Hael atas pentas, hehe.. Suka lah dengar bila dah tukar lirik.. Pandai Rossa nyanyi lagu ni.. “
” Woww, meriah lain macam betul, macam masuk pula lagu ni dengan konsert Rossa.. Untung lah yang pergi konsert Rossa, semua lagu best2.. “
Meriah sungguh konsert Rossa, ramai yang hadir memeriah suasana. Selain Hael, beberapa lagi artis tanah air juga diundang membuat persembahan seperti Ernie Zakri, MK K-Clique, Kai Deva, Mary Grace dan Zazleen. Bukan itu sahaja, DS Rossa turut mengundang dua artis Indonesia iaitu Ariel Noah serta kumpulan The Ladies.
Selain itu, DS Rossa turut menyampaikan lagu-lagu tribute khas buat Biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Ketika menyanyikan lagu Percayalah, Rossa telah menerima kejutan oleh DS Siti yang bangun menyanyikan secara tiba-tiba dari tempat duduk penonton.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok chewchew77, IG milik xtra_my, mstar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen