Artis / Selebriti
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen

Video anak arwah Suhaimi Saad, Ehmad Hadie Elfardie menyanyi secara akustik lagu Kasih Kekasih di studio Molek FM buat ramai sebak. Sebijik macam suara Suhaimi, suara yang menusuk ke hati..
Kumpulan nasyid Inteam pernah menjadi sebutan suatu masa dahulu dan salah satu lagu yang menjadi siulan ramai adalah Kasih Kekasih. Arwah Suhaimi Saad salah seorang ahli Inteam yang disukai oleh ramai wanita. Sekalipun Suhaimi sudah tiada, legasinya diteruskan oleh anak sulungnya, Ehmad Hadie Elfardie.
Meninjau entry di akaun Instagram dan Tiktok Molek FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Hadie mendendangkan lagu Kasih Kekasih secara akustik. Hadie bukan hanya berbakat dalam bidang nyanyian tetapi juga pandai bermain gitar.
Dengan iringan petikan gitarnya itu, Hadie membawakan lagu ini dengan caranya tersendiri. Suara Hadie yang merdu dan kedengaran iras seperti Suhaimi meruntun hati pendengar. Ditambah pula iringan suara harmoni oleh ahli Inteam yang turut sama berada di studio menjadikan lagu ini lebih indah.
Hadie ada auranya yang tersendiri dan ianya mengingatkan warganet terhadap aura Suhaimi. Ilmu dan teknik nyanyian diajarkan oleh Suhaimi kepada Hadie dengan cukup sempurna. Memetik komen warganet, mendengar suara Hadie tak ubah seperti mendengar suara Suhaimi.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Terbayang arwah SS weh.. sumpah aku nangis.. arwah SS memang ada aura tersendiri.. sama suara dngn arwah ayahnya.. “
” Harap inteam boleh remake balik lagu ni , collaborate dgn anak arwah pulak… sblm ni prnah remake lagu lain dgn artis kn.. apa kata kali ni dgn anak arwah pulak.. “
” Tak perlu jerit jerit dah sampai ke hati dah.. nmpk n terpancar kesedihan di wajah ank arwah ni, pasti rindu arwah ayahnya.. “
” Ank sulung kan… ank yg byk myimpan suka duka di dlm hati…semoga bjaya dunia dan akhirat.. “
” Knp tiba tiba mnjdi sebak. Best suara dia. Menusuk kalbu.. merdu sungguh saling tak tumpah macam suara SS.. “
” Masya Allah tabarakallah nangis dah ni.. serupa suara arwah ss… Alfatihah buat arwah ss.. Semoga awak menjadi anak yg soleh, berbakti pada ibu ayah, sentiasa doakan ayahmu di sana.. “
” Sedap, suara dia ada aura tersendiri.. Slow je nyanyi tapi menusuk ke kalbu.. touching weh macam tengok SS yang nyanyi.. “
Kerinduan peminat terhadap Suhaimi sedikit sebanyak terubat apabila mendengar suara Hadie. Mungkin selepas ini jika lagu ini dirakamkan kembali tetapi dalam versi Inteam dan Hadie boleh mencipta satu fenomena baru dalam dunia nasyid. Semoga Hadie terus maju jaya dan menjadi anak serta abang yang baik untuk keluarga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Molek FM, Tiktok Molek FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen