Viral
” Betapa bangganya ayahnya, walaupun hati pedih melepaskan anak tercinta.. ” – Komen Netizen

Video bapa kepada insan hebat, arwah Nurly Shahirah bercerita mengenai ketika melihat jenazah Nurly buat ramai yang sebak. Walaupun sangat sedih, raut wajah ayah Nurly sangat tenang bercerita..
Meninjau di akaun TikTok milik seadapseani, telah dikongsikan video temubual bersama ayah arwah Nurly Shahirah iaitu salah seorang daripada 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik beberapa hari lalu.
Menerusi video itu, bapa Nurly yang bernama Azman Mohamad menceritakan keadaan Nurly ketika pasukan bomba dan penyelamat membantu mengeluarkan arwah selepas kemalangan. Kata Azman, pihak polis ada memberitahunya yang Nurly ditemui dalam keadaan sedang memeluk Al-Quran.
Ketika pasukan penyelamat mahu mengambil Al-Quran daripada pelukan Nurly, dikatakan pelukannya begitu kuat meskipun ketika itu Nurly sudah pun tiada. Kata Azman lagi, ketika di balai polis, dia hanya meminta Al-Quran milik Nurly untuk dibawa pulang.
Selain itu, Azman ada bercerita keadaan jenazah Nurly ketika sudah dikafankan. Perkongsian video ini telah mengundang sebak dan rasa terharu warganet. Ramai yang menyifatkan Azman seorang yang ayah yang kuat serta tabah meskipun ketika ini dia sudah kehilangan anaknya.
Tonton video di bawah ini :
@seadapseani Sedikit perkongsian bapa kepada insan hebat arwah Nurly Sahirah.. #seadapseanimalikakitchen #kemalanganbasupsi #CapCut
♬ original sound – 🎧 Lirik Pendek ✅ – Nami Abaya Exclusive HQ
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh diberikan oleh warganet dan ramai yang turut menitipkan kata-kata serta doa buat arwah Nurly. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Betapa bangganya ayahnya, walaupun hati pedih melepaskan anak tercinta.. Tp org2 beriman nih dia redha dgn ujian Allah..
” Disebabkan Nurly, sy rsa sy nk dekatkn diri sy dgn quran, byk pahala dia sbb buat org ramai sedar betapa pentingnya mencintai agama dan taat kpd Allah.. “
” Kalau ikut keadaan bus, mmg kuat impact. Tp mcm mana dia x lepas al quran tu. Sumpah la dia insan terpilih. Bukan senang nak masuk syurga kan. Bertuah ibu bapa dia, dpt anak sebaik baik. Moga bertemu disyurga.. “
” Sebb tu ayah diaboleh reda begini.. sebb dia tahu anak dia tak kosong… Akan tarik die ke syurga… Pakcik, hebatye pakcik boleh terima dan boleh seredha ni pakcik.. “
” Innalillahnawainnahirojiun… Beruntunglah adik nurly..dalam dakapan al quran.. Syurga buat mu dik… Berbahagialah bermain main di taman syurga dik… Mulia kematian mu dik.. “
” Berdiri bulu roma kisah awak Nurly.. Akak doakan semoga Nurly ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan masuk ke syurga tanpa hisab.. “
” Masyaallah syabas ayah, ayah dah berjaya didik anak ayah sehingga kini.. Insyaallah anak ayah akan pinpin tangan ayah sekeluarga ke syurga kelak.. Aamiin.. “
Untuk info, sepanjang hayat Nurly, arwah sudah pun menghafaz 30 juzuk Al-Quran dan arwah juga menulis senaskah Al-Quran dengan menggunakan tangan untuk bagi menguatkan hafalannya. Menerusi video ini, turut dikongsikan Al-Quran tulisan tangan Nurly sendiri dan ramai yang datang ke rumahnya untuk melihat sendiri Al-Quran tersebut.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok seadapseani, mizal523
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen