Artis / Selebriti
” Bila awak tengok Uqasha uruskan anak, apa perasaan awak sebagai suami ? ” – Ajak Shiro

Video Kamal Adli Mengatakan Janjinya Kepada Uqasha Senrose Yang Kini Sudah Bergelar Seorang Ibu. Dengar Ayat Kamal Macam Kelakar, Tetapi Kata-Kata Yang Begitu Menyentuh Hati. Mesti Berbunga-Bunga Uqasha Dengar Ni !!
Meninjau di akaun Instagram milik stesen Radio Suria, telah dikongsikan video yang memaparkan pelakon Kamal Adli datang ke konti sebagai artis jemputan pada minggu ini. Difahamkan kehadiran Kamal adalah mempromosikan drama terbarunya yang bertajuk ‘Nafsu’ arahan Sein Qudsi.
Menerusi satu video yang dimuatnaik, Ajak ada bertanya kepada Kamal mengenai perasaanya selepas bergelar seorang bapa dan melihat cara Uqasha menguruskan anak mereka. Kata Kamal, melihat kesungguhan Uqasha menjaga anak, dia tidak mahu menduakan Uqasha serta cukup hanya Uqasha seorang sahaja isterinya.
Malah, seloroh Ajak bertanya apakah janji Kamal kepada Uqasha dan kata-kata istimewa sekiranya Uqasha mendengar ucapan Kamal. Ucapan Kamal tersebut pada awalnya kedengaran agak kelakar kerana Kamal membuat nada suara seperti seorang lelaki macho sedang bercakap.
Namun jika mendengar sehingga habis ayat-ayat Kamal, pastinya kata-kata yang diungkapkan oleh Kamal itu sangat ikhlas dan tulus buat sang isteri. Sehingga kini, video ucapan Kamal kepada Uqasha telah menerima ratusan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton perkongsian video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain terhibur, ramai yang menyukai ucapan Kamal buat isteri tersayang. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Hahaha kalau Uqasha tak dengar pun, video ni mesti viral juga, hahahahaa.. Cfm dia tahu.. Semoga keduanya kekal bahagia hingga ke Jannah.. “
” Sweet betul kata-kata Kamal untuk Uqasha.. Moga2 rumah tangga korang akan terus kekal selamanya hingga ke syurga.. Tahniah dah jadi mak ayah.. “
” Hahahaha dengar dia cakap tak nak kahwin dah tu kelakar, hahahahaha.. Tapi last sekali memang sweet sangat lah Kamal, berbunga2 Uqasha kalau dengar ni.. “
Alahai sweet sungguh ucapan Kamal untuk Uqasha. Untuk sekadar info, baru-baru ini, selepas selamat menimang cahaya mata pertama, Kamal dan Uqasha telah mengadakan Majlis Aqiqah serta Kesyukuran buat buah hati mereka iaitu Haura Uqaira yang kini sudah pun berusia dua bulan selepas dilahirkan pada 27 April lalu.
Uqasha dan Kamal turut mengundang Ustaz Wadi Anuar bagi menyempurnakan ibadah tahnik buat Uqaira. Apa-apa pun, tahniah buat Kamal serta Uqasha, semoga Uqaira terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG suriamalaysia, kamaladli, uqashasenrose2
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen