Viral
” Bila Michael Jackson nyanyi lagu dangdut, beginilah kejadiannya tuan-tuan.. ” – Netizen

Video Persembahan Jejaka Bernama Ebadey Jackson Bersama Sentuhan Buskers Di Jalan TAR Cur1 Perhatian Ramai. Wah Menari Ala Michael Jackson Tapi Menyanyi Lagu Dangdut. Lincah Betul Menari, Banyak Sungguh Energy Dia !!
Menerusi akaun Tik Tok buskersviralklang, telah pun dimuatnaik satu video yang memaparkan persembahan seorang jejaka bergelar Ebadey Jackson. Bergabung bersama band Sentuhan buskers, persembahan mereka ini diadakan di Jalan TAR.
Ebadey Jackson merupakan anak kelahiran Semporna, Sabah dan adalah seorang penyanyi dan penari. Sebelum ini juga, banyak video Ebadey yang tular di media sosial dek kerana gaya Ebadey yang menyanyi sambil membuat tarian seperti Michael Jackson.
Dalam video kali ini, Ebadey menghiburkan semua yang berada di situ menerusi lagu Singkong Dan Keju. Mantap dan menghiburkan, itu yang dikatakan oleh warganet. Suara Ebadey memang sedap didengar dan ada lenggoknya yang tersendiri.
Melihat lentok badan Ebadey menari, lembut sungguh pergerakannya itu. Sempat juga Ebadey menyelitkan lagu-lagu dendangan Michael Jackson dalam persembahannya ini. Puas hati semua dapat melihat Ebadey menyanyi dan menari, ini baru betul-betul seorang penghibur.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@buskersviralklang
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Banyak nya energy dia. overall vokal , Dari atas smpi bawah nak control.. Bakat trpendam yg org-org Pro muzik tak nmpk.. ni la br betul penghibur.. ”
” Great performer.. golden buzzer.. Terhibur.. tak sangka ada rakyat mlysia yg unik. dahsyat laa.. lain dari yg lain.. terhibur sangat-sangat.. ”
” Ingat nyanyi lagu Michael Jackson.. MJ malaysia ni.. dia punya energy baik betul. bakat anak muda, terbaik lah.. ”
” Aku tengok dia menyanyi dan menari meremang bulu roma.. suara best.. memang berbakat budak ni.. boleh dance sambil nyanyi tu.. ”
” Package siap semua menyanyi dan menari good performances.. Ralit pulak aku tengok.. semoga pegi jauh dik.. best.. ”
” Ni baru orang panggil penghibur bro, tahniah.. Bila Michael nyanyi lagu dangdut.. beginilah kejadiannya tuan-tuan.. ”
” Menari ala MJ tapi nyanyi lagu dangdut.. best tgok dia nyanyi.. sesuai juga lagu dia bawa dengan tarian tu.. belum pernah nampak lain orang buat lagi.. mantap.. ”
Hebat betul Ebadey ini, boleh menari dan menyanyi dalam masa yang sama. Dengan tarian yang lincah sebegitu, masih boleh kawal suara supaya tidak terkucil. Bakat anak muda yang boleh diketengahkan lagi bagi memeriahkan industri seni tanahair.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok buskersviralklang
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen