Artis / Selebriti
” Bila ustazah pun kena kuarant1n, mummy la jadi ustazah.. “

Kongsi Video Aaisyah Dhia Rana Mengaji, Suara Rozita Che Wan Jadi Tumpuan. Tak Sangka Kiah Pekasam Suara Power Macam Ni. Ingat Pandai Makeup Je. Kerlass Che Ta !!
Di kalangan peminat dunia seni, nama keluarga Rozita Che Wan bukanlah asing lagi. Lebih mesra dipanggil dengan nama Che Ta, tidak hanya beliau malahan suaminya pelakon Zain Saidin dan anak perempuan mereka Aaisyah Dhia Rana juga antara yang popular di Malaysia.
Menikahi Zain Saidin pada 13 Disember 2013, rumahtangga mereka diserikan lagi dengan kehadiran Aaisyah pada 1 November 2014. Kecomelan Aaisyah memang jelas kelihatan sejak dari hari pertama kelahirannya lagi. Malahan anak kecil ini sudah mempunyai peminatnya sejak dari dalam perut ibunya lagi.
Che Ta mempunyai 4.6 juta pengikut manakala Aaisyah pula sehingga sekarang diikuti seramai 1.5 juta pengikut. Aaisyah yang suka bersolek dan berhias amat mirip dengan perangai ibunya itu. Apa sahaja yang dikongsikan oleh anak beranak ini pasti mendapat like dan view yang tinggi daripada peminat. Glamour sungguh !
Menerusi akaun Instagram, Aaisyah Dhia Rana telah berkongsikan satu video yang kelihatan Aaisyah sedang mengaji bersama ibunya Che Ta. Suara Che Ta dan Aaisyah yang merdu menjadi perhatian netizen. Jadi ustazah mesti ramai anak murid datang kelas ni Che Ta !
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen memuji suara Che Ta dan kepandaian Aaisyah mengaji. Antara komen-komen netizen :
” Sedapnya soqa mummy. Ada bakat boleh jadi ostazah ni.. “
” Manadia acik bawang yang haritu nak tengok Aaisyah ngaji. Yang dok kata asik makeup ja tu.. “
” Sedap suara mummy dia mengaji… Zaman tok kita semua ngaji lagu ni… Berlagu.. “
” Sedap suara mummy ngaji.. “
” Huhu dengar suara Cheta sedap tu sedap.. Tapi gar4nggggg huhu.. “
” Masyallah… Comel, pandai ngaji lagi.. Alhamdulillah.. “
Merdu sungguh suara Che Ta, berlagu-lagu lagi. Macam dengar mukadimah qariah gayanya. Aaisyah pun bijak mengaji. Insha Allah bakal jadi anak solehah, lubuk pahala mummy daddy nanti. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Che Ta sekeluarga sentiasa di bawah rahmatnya. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana, IG Rozita Che Wan by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Akhirnya dengar Kias Cinta versi Hadie dan Sallman. Suara tu ada feel dan rasa sayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Macam ni lah jawapan lelaki gentleman, baru la anak jantan. YB sangat melindungi Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang bulu roma dengar dua orang ni menyanyi. Saling melengkapi, perfect combination.. ” – Komen Netizen